Wednesday, December 21, 2011

how to enjoy your life??

jawapannya adelah BLOGGING!!
hehe
aku realize aku semakin tak menghargai hidup aku,every minute of it..mula la rasa makin sepi la,makin sunyi la..kosong jiwa la..sebab kita rasa xder yang ambil peduli,sebab tu la kita buat tak peduli je dengan apa yang berlaku sehari-hari dalam hidup...

aku nak kurus!
that's one of the main reason why aku start menulis blog balik.yeahh..aku sekarang ni bertukar rumah sewa pulak..kali ni dekat Telok Panglima Garang..heheh amacam??brani tak nak ganggu aku??aku garang tau..well,my first impression dekat orang yang duduk kat sini adelah-diorang garang...
nape?!!

owh sebelum tu,biarlah aku sampaikan berita gembira kat sini dulu...
ehem ehem..
i'm now an engineer kat satu company Jepun and i'm proud to be part of it..to be given this opportunity to repair life aku katner yang patut..i always think that my life will be all gloomy unless i'd given a chance to become an engineer one day, then only it will open up a chance for me to be as good as the rest.(walaupun still under probation period..yaaauwww)

 kemenda ni buat ucapan...dowhhhh

since aku dah lama tak menulis,now ni pun nak gtau lagi satu benda,that is...SAYA ADELAH TUNANG ORANG....!!hehe...



hmm...so??

actually dah nearly sebulan dah..tapi malas menulis punya pasal and asyik la runsing mencari keja,..last skali terbukak jugak pintu rezeki ni..alhamdulillah..aku pun tak paham for those yang asyik bertangguh kawen dengan alasan belum financially stable and belum puas enjoy zaman muda..selagi korang bertangguh buat benda yang dituntut,selagi tu la rezeki asyik sempit..aku yang bercakap ni pun bukannya kaya lagi tapi aku tau rezeki tu datang dari Allah s.w.t...Dia yang bagi semua.kita ni boleh merancang jer..jangan pernah pikir yang kalau sehari gaji kita 20 ringgit,the most yang kita boleh dapat seminggu adelah 100 ringgit.jangan jadi rigid and discrete.bukan kita yang buat semua kira-kira tu..kalau dekat tempat keja,memang la bahagian gaji yang kira kan..tapi sebagai manusia ni,it's not a linear system..

masa mula2 gtau nak kawen,ramai yang tak setuju.memang susah nak ubah mindset orang kita.bagi diorang,nak kawen mesti kena ada keja,mesti kena cukup duit.cukup?apa yang dimaksudkan dengan cukup?cukup sekadar yang basic2 or cukup untuk tempah kad wangi kertas liplap2,or untuk tempah pelamin 5 pintu gerbang?or persalinan sampai 5-6 pasang,tak kira lagi dengan professional photographer...
aku punya cinta sekarang ni sampai aku dah x pedulikan perkahwinan yang mewah..tapi versi orang sekeliling adelah aku adelah aku ni tahap gatal nak mampus ditambah pula dengan kegedikan yang melampau menjadikan aku terkinja2 ingin berkawin..
well.semua orang boleh cakap ape yang diorang nak..tapi as for me,i'm positive with what i'm doing!

sekarang ni,within a month's time,aku perlu kurus.pasal berat aku sekarang ni dah 60kg...no joke..i really put on weight semenjak dua menjak ni..xtau la ape yang berselera sangat..ni aku menulis malam ni pun sebab xnak pikir pasal makanan la..hahah!

nasib baik la sekarang ni aku xder transport..keta saga tu skang ni dalam workshop..eksiden berderet2 5 bijik keta kat bidor..masa tu abang aku yang guna..tu pun sebab nak bawak keta ni datang sini untuk digunakan oleh aku ke tempat keja..tapi tu la kan..kita hanya merancang..

skang ni aku rasa lapar sangat...semoga aku bertahan malam ni...haihh!

Thursday, October 13, 2011

peristiwa buruk yang mengganggu aku tiap-tiap malam(confession)

aritu aku ada citer kan yang atoy dah lahirklan dua ekor anak yang hitam gelemat?

sekor nama nyer Gajah Pendek pasal badan dia macam anak gajah
sekor lagi nama nyer Kolek pasal sampai sekarang ni baru la dia boleh jalan dengan elok.kalau tak aaasyikkk berkolek jer..terkayuh2 macam ikan tembakul.eh yeke?

aku suka Gajah Pendek..pasal dia sangat comel..dia sangat aktif and dia ada bakat-bakat untuk menjadi kucing yang bijak..yang si Kolek ni plak menunjukkan tanda-tanda anak yang blur tapi dimanjakan oleh Atoy..so fair la kan?

Gajah Pendek ni rapat dengan kakaknya si Mas Cotek tu.rapat macam kuku dan taik kuku.
tapi Mas dan meninggal..
meninggal seorang diri
time kitorg tengah seronok duk bershopping satu family dekat Jusco,tinggal dia sorang-sorang
selama ni kitorg duk pelik apesal la nyawa dia ni liat sangat.even badan dan tinggal tulang berbalut kulit..makan pun kena suap guna picagari plastik tu.dia makin busuk..setiap hari kitorg kena spend dua tiga minit untuk stare.... je kat dia nak tengok dia still hidup atau dah mati.memang sangat lama dia sakit.dekat2 setahun.dari adik aku mula-mula fly,sampai dah balik and sampai nak fly balik dah.
at first kitorg ingat dia bertahan sebab nak tunggu adik aku balik.tapi tak kot..mungkin dia tunggu nak raya sebenarnya.tapi dah abes raya pun still hidup lagi..tapi hidup dalam keadaan yang sepatutnya dah tak hidup.aku bukan doakan dia mati cepat-cepat.aku nak dia hidup.aku rasa semangat dia memang kuat.sampai veterinar aritu pun still ingat pasal Mas Cotek ni..

tapi yang buat aku sedih bila sehari sebelum kitorg bertolak ke KL sebab nak antar adik aku kat KLIA,Mas mati..sorang-sorang lak tu..memang agak sedih la..yela..cuba korang bayangkan korang kena duduk je dalam sebuah bilik yang kosong selama 3 jam.bosan tak?
macam tu la agaknya Mas rasa.terkebil-kebil sorang-sorang dalam kotak dia..sepanjang hari..menghitung waktu.tapi tak mati-mati.kadang-kadang aku risau kalau ada kebajikan Mas yang jadi tanggungjawab kitorg yang kami terlepas pandang.alangkah malangnya Mas.

and aritu aku nangis jer
sebab terbayang kesunyian yang Mas lalui sepanjang hidup dia
ditinggalkan sifunya,Nomey
ditinggalkan pengasuhnya,Pakcik Ren
ditinggalkan adiknya,Bas
dibenci ibu sendiri yang nyanyuk tak sedar diri
and menderita sakit sepanjang hayat...

pemergian Mas,aku rasa mungkin dirasai jugak oleh adik-adik dia yang hitam gelemat ni..
dua tiga hari lepas mas mati,Gajah Pendek pun sakit.aku rasa sebab masuk angin..tak pun sembelit taik keras.malam tu dia lembik sangat.tak boleh berdiri.aku bagi dia minum air.aku urut-urut perut dia,pelan-pelan taik dia kuar.
aku rasa tu positive sign.then aku masuk tido
sok nyer,dia dah boleh berdiri.tapi bila jalan,dia jatuh balik.aku rasa dia ada potensi untuk sembuh.aku rasa perut dia dah ok.cuma mungkin dia lapar.sebab semalaman tak makan apa-apa sangat.
so aku and adik aku suapkan makanan untuk dia.bagi dia minum air.
tiba-tiba kitoeg wat satu rumusan yang kurang bijak.why not kitorg gunakan Eno Halia untuk hilangkan angin dia?
so kitorg pun bancuh la Eno Halia.xla banyak sangat kitorg bubuh.agak-agak sesuai dengan badan dia.
bila kitorg dah suapkan air Eno tu,Gajah yang lemah tu tiba-tiba menjerit.sedaya upaya dia kuarkan suara dia..menunjukkan betapa pedihnya dia

takutnya time tu..so kitorg bg minum air kosong balik.tapi bodoh jugak kitorg,mungkin air masak tu menambahkan lagi isipadu air dalam badan dia n bercampur lagi dengan Eno yang dah masuk dalam badan dia menjadikan dia semakin teruk
mulut dia ternganga-nganga macam orang kepedasan yang amat
aku taktau nak buat apa dah.dah stop bg air
aku and adik aku cuma tak henti-henti mintak maaf kat Gajah

dekat sejam jugak Gajah terbaring kepedasan.kadang-kadang dia menjerit sorang-sorang..mulut dia asyik terbukak..mata dia terbeliak...tapi dia tetap comel...sob sob sob

aku ingat lagi muka dia time tu..aku terbayang sampai sekarang
dia masih lagi comel walaupun dah nak mati.

then aku tinggalkn dia jap sebab nak solat Zohor.
bila aku datang balik,dia dah x bergerak...
aku renung dia lama-lama,aku harap dia hidup lagi
tiba-tiba perut dia bergerak sikit,and keluar air liur jernih yang pekat dari mulut dia..meleleh and terus meleleh..
aku tengok je bangkai dia atas surat khabar lama.aku nak pastikan dia still hidup

last-last aku angkat jugak dia..and air liur tu keluar lagi.aku panggil Kolek and Atoy suh diorg tengok dia buat kali terakhir.past aku and adik aku korek tanah kat perkuburan kucing.pastu tanam dia

lepas tanam dia,aku macam tak tenteram sket..aku asyik rasa macam dia hidup lagi.aku tanya adik aku banyak kali.adik aku cakap dia memang dah mati.aritu pun bila ayah aku dah tanam mas pun,aku rasa macam mas tak mati lagi.sebab nak pastikan dia tu dah mati,kena tengok lama-lama.bila misai dia menguit sket,tak pun mata dia bergerak sket,maknanya hidup lagi.badan dia dah tinggal tulang so taktau nak bezakan ni keras sebab mati ke sebab tulang.

malam tu baru Atoy meroyan cari anak dia.masa kat kubur petang tadi dia siap nak berak atas kubur anak lagi.nyanyuk punya mak.
bila atoy bunyi cari anak dia tu,aku rasa bersalah sangat.aku takut atoy cuba gtau yang anak dia still hidup dalam tanah tu.
tapi akal yang waras,halang aku rongkah kubur tu balik.
ikut akal,aku tau rasa dia n mas dah mati
tapi ikut hati,aku rasa diorg still hidup and meronta-ronta dalam tanah tu.mungkinkah ni mainan syaitan

sejak tu,tiap-tiap malam bila aku nak pejamkan mata,aku terbayang wajah comel Gajah Pendek yang tengah bertarung dengan ajal.kucing sekecil tu,aku tak sanggup tengok betapa seksanya dia nak hadapi sakit kematian.

sejak dari tu,aku takkan minum langsung air Eno Halia.in fact memang aku tak pernah minum pun.
sebab aku takut aku dapat bayangkan sepedih mana Eno tu untuk ditanggung tubuh skeecil Gajah Pendek.
sekarang ni aku dah tak sekerap dulu ingatkan Gajah Pendek ni..tapi still akan ingat jugak tiap-tiap ari
and aku arap diorang bukan mati sebab ditanam aku hidup-hidup.

mungkin aku kot yang dah tak brapa siuman?

Thursday, September 29, 2011

finally..alhamdulillah..

aku dah konvo!
finally..alhamdulillah..punya la berhempas dan berpulas untuk mendapatkan segulung ijazah..padahal budak2 master PhD suma tengok cakap..ek eleh..ijazah je pun..pun nak berhempas berpulas tergulung-gulung ke...*yawn

oit..saspek sket ok..ini ijazah bukan sebarang ijazah tau..
ini la ijazah yang banyak menyusahkan mak bapak pemegang yakni pemiliknyer..yang banyak mengabihkan boreh mak bapak dia,banyak mengalirkan air mata pemilik nyer iaitu aku AKU la..

bapak bengap Mizz NuHa ni..
tapi aku still bajet macam budak bijak..haha..emo tak korang
well..aku memang budak bijak pun..cuma bengap sikit..haha apakah??





ni lah budak nyer yang perasan bijak tu padahal amek engineering megalahkan budak medic.hahahaha

so pasni..azam..nak perbaiki hidup balik..ayat nak sedapkan diri,ijazah tu hanya lah di atas kertas..yang penting individu tu sendiri..a well-rounded person ke x...well aku memang bulat pun..so what??

doakan la aku berjaya dalam kerjaya aku yang belum menyusul tiba ni..hari-hari apply jobstreet tapi hujung-hujung dapat email balasan cakap positon closed.
sedihh uollss..

tenggelam timbul hilang baru nak ganti..wuekk

aku telah melakukan satu tindakan yang bijak iaitu meninggalkan kerja-kerja dekat KD tu untuk something yang lebih bermakna dalam hidup aku.haha..well..aku nak kawen..oh tidak..ohh tipu..

ok,aku memang tipu pun.

sekarang ni,aku adelah seorang student di Penang Skill Development Centre.part time worker kat KFC,wow gemuk la aku pasni,and still an active Young Liutenant kat KD Sri Pinang.aku just join short course on Manufacturing Process untuk melengkapkan diri dengan added skills.yela,,pointer rendah2 mesti la kena ada extra value untuk sell ourself to the industry kan...

skang ni keja aku cuma ulang alik naik moto dari rumah ke kelas,and dari kelas ke rumah.pastu dari rumah ke KD,and dari KD ke rumah..ahad ni aku start keja kat KFC,pastu aku ulang alik dari kelas ke KFC,and dari KFC ke rumah..woww..penat tak penat tak,bak kata cikgu aku.
tapi,hidup mana yang mudah kan?
mak aku dulu pun camni jugak..
bf aku skang ni pun camni jugak..
so,apa aku nak kesah..ada masa free banyak2 pun bukannya boleh bergayut doplohpat jam dengan dia kann??

life aku sakang ni,aku rasa sangat positive..despite many many unexpected things that happened lately ni lah kan..positive dari segi surrounding aku,group of people yang study sama2 dengan aku..aku rasa mcm dapat serap positive aura dari diorang.and aku sangat hepi.

aritu aku pegi pesta konvo.makan ceketiau sungai dua.baru beli,letak jap,atas meja,pegi beli ABC jap.datang2 balik,tengok2 ceketiau aku dah hilang.rupanya ada dua mamat,sorang india,sorang bangla,pegi buang..wahhh..ceketiau tu sikit punya panas,boleh senang2 jer campak kan?ko ingat tu sisa2 makanan ke pakcik?aiyooo
aku yang hangin ni terus pegi tangkap 2 orang laki tu la kan..tu pun sebab ada dua orang kakak ni gtau aku diorang yang buang.aku tanya apesal buang makanan aku?dia cakap pasal dalam makanan aku dah ada tisu.diorang ingat itu makanan tada orang mau makan la..

terus aku sejuk balik..
owh..bukan salah diorang rupanya..so aku dengan sedih2 nyer pun pegi la balik kat akak berdua tu.aku gtau jer diorang yang laki tu buang pasal dah memang ada tisu kat dalam pinggan aku tu.so bukan salah diorang la..salah orang lain la yang pegi buang tisu kat dalam pinggan aku tu..

then akak tu cakap,"dik,yang buang tisu tu pun diorang la jugak...akak nampak tadi.."

pehh..apoooo la nasib eh..
aku nak pegi serang kali kedua pun macam x brapa nak betul je dek pandangan mata orang lain..so aku redha jela..sedih toksah cakap la..dah la aku ni penggemar ceketiau..seketiau sungai dua plak tu..
so aku pegi la beli lagi sepinggan..memang la keja bodow pasal makanan kat pesta konvo dah tentu2 mahal..ceketiau tadi dah 6 ringgit..
 now ni aku ganti dengan ceketiau lain yang harga nyer 7 ringgit

betul la kata orang,setiap yang berlaku tu,ada hikmah nyer..
bila kita hilang sesuatu,kita akan dapat something yang lebih baik..
aku hilang ceketiau harga 6 ringgit jer..tapi aku gantikan dengan sesuatu yang lebih baik..lebih mahal..
ceketiau 7 ringgit..

janji gua puas hatiii

Tuesday, August 2, 2011

kucing aku beranak lagi...

seminggu yang lalu,aku dapat berita kucing aku yang hitam melegam tak hengat tu,beranak lagi..kali ni 4 ekor jugak..and macam biasalah,semuanya hitam jugak..

kucing ni kan,patut rasa bersyukur sebab kami satu family memang gemarkan kucing kaler hitam.sebab nampak smart and dashing!
kalau tuan lain,dah kompem2 kucing aku tu dah lemaskan anak dia dah..asal lahir je hitam,asal lahir je itam..padahal jantan-jantan kat taman aku ni takder nyer yang hitam pun..gene kucing aku tu dominan sangat kot.

tapi dari 4 ekor tu,dua ekor je yang hidup sampai ari ni..yang lagi dua tu,mati lepas dilahirkan.sian..

yang si Mas Cotek plak,sakit..
aku pun taktau nk explain apa sakitnya,,tapi kalau ikut cakap vet yang aku jumpak tu,dia ni ada jangkitan hati.jalan pun dah melelong-lelong..leher pun tersenget-senget ja..tapi kucing aku ni kuat semangat.dalam duk kurus kering pun,jalan terlelong-lelong pun,still berjalan tak henti-henti jugak tawaf rumah.aku memang kagum dengan semangat kucing aku ni..

baru2 ni kitorg bagi lagi ubat untuk antibodi,tp keesokkannya terus dia tak boleh berjalan.lembik terkulai.makan pun kna suapkan.minum pun kna suapkan..memang sian.tapi pagi tadi,aku tengok dia gagahkan diri jugak nak berdiri.aku pun taktau apa reason dia untuk terus idup,tapi aku memang kagum.


aku arap,dia boleh terus sihat untuk tengok adik2 dia membesar.sekian lama dia membesar sebagai anak tunggal,now ni baru dia ada potensi nak ada kawan.hehe..insyaAllah..