Tuesday, August 2, 2011

kucing aku beranak lagi...

seminggu yang lalu,aku dapat berita kucing aku yang hitam melegam tak hengat tu,beranak lagi..kali ni 4 ekor jugak..and macam biasalah,semuanya hitam jugak..

kucing ni kan,patut rasa bersyukur sebab kami satu family memang gemarkan kucing kaler hitam.sebab nampak smart and dashing!
kalau tuan lain,dah kompem2 kucing aku tu dah lemaskan anak dia dah..asal lahir je hitam,asal lahir je itam..padahal jantan-jantan kat taman aku ni takder nyer yang hitam pun..gene kucing aku tu dominan sangat kot.

tapi dari 4 ekor tu,dua ekor je yang hidup sampai ari ni..yang lagi dua tu,mati lepas dilahirkan.sian..

yang si Mas Cotek plak,sakit..
aku pun taktau nk explain apa sakitnya,,tapi kalau ikut cakap vet yang aku jumpak tu,dia ni ada jangkitan hati.jalan pun dah melelong-lelong..leher pun tersenget-senget ja..tapi kucing aku ni kuat semangat.dalam duk kurus kering pun,jalan terlelong-lelong pun,still berjalan tak henti-henti jugak tawaf rumah.aku memang kagum dengan semangat kucing aku ni..

baru2 ni kitorg bagi lagi ubat untuk antibodi,tp keesokkannya terus dia tak boleh berjalan.lembik terkulai.makan pun kna suapkan.minum pun kna suapkan..memang sian.tapi pagi tadi,aku tengok dia gagahkan diri jugak nak berdiri.aku pun taktau apa reason dia untuk terus idup,tapi aku memang kagum.


aku arap,dia boleh terus sihat untuk tengok adik2 dia membesar.sekian lama dia membesar sebagai anak tunggal,now ni baru dia ada potensi nak ada kawan.hehe..insyaAllah..

0 comments: