Thursday, October 13, 2011

peristiwa buruk yang mengganggu aku tiap-tiap malam(confession)

aritu aku ada citer kan yang atoy dah lahirklan dua ekor anak yang hitam gelemat?

sekor nama nyer Gajah Pendek pasal badan dia macam anak gajah
sekor lagi nama nyer Kolek pasal sampai sekarang ni baru la dia boleh jalan dengan elok.kalau tak aaasyikkk berkolek jer..terkayuh2 macam ikan tembakul.eh yeke?

aku suka Gajah Pendek..pasal dia sangat comel..dia sangat aktif and dia ada bakat-bakat untuk menjadi kucing yang bijak..yang si Kolek ni plak menunjukkan tanda-tanda anak yang blur tapi dimanjakan oleh Atoy..so fair la kan?

Gajah Pendek ni rapat dengan kakaknya si Mas Cotek tu.rapat macam kuku dan taik kuku.
tapi Mas dan meninggal..
meninggal seorang diri
time kitorg tengah seronok duk bershopping satu family dekat Jusco,tinggal dia sorang-sorang
selama ni kitorg duk pelik apesal la nyawa dia ni liat sangat.even badan dan tinggal tulang berbalut kulit..makan pun kena suap guna picagari plastik tu.dia makin busuk..setiap hari kitorg kena spend dua tiga minit untuk stare.... je kat dia nak tengok dia still hidup atau dah mati.memang sangat lama dia sakit.dekat2 setahun.dari adik aku mula-mula fly,sampai dah balik and sampai nak fly balik dah.
at first kitorg ingat dia bertahan sebab nak tunggu adik aku balik.tapi tak kot..mungkin dia tunggu nak raya sebenarnya.tapi dah abes raya pun still hidup lagi..tapi hidup dalam keadaan yang sepatutnya dah tak hidup.aku bukan doakan dia mati cepat-cepat.aku nak dia hidup.aku rasa semangat dia memang kuat.sampai veterinar aritu pun still ingat pasal Mas Cotek ni..

tapi yang buat aku sedih bila sehari sebelum kitorg bertolak ke KL sebab nak antar adik aku kat KLIA,Mas mati..sorang-sorang lak tu..memang agak sedih la..yela..cuba korang bayangkan korang kena duduk je dalam sebuah bilik yang kosong selama 3 jam.bosan tak?
macam tu la agaknya Mas rasa.terkebil-kebil sorang-sorang dalam kotak dia..sepanjang hari..menghitung waktu.tapi tak mati-mati.kadang-kadang aku risau kalau ada kebajikan Mas yang jadi tanggungjawab kitorg yang kami terlepas pandang.alangkah malangnya Mas.

and aritu aku nangis jer
sebab terbayang kesunyian yang Mas lalui sepanjang hidup dia
ditinggalkan sifunya,Nomey
ditinggalkan pengasuhnya,Pakcik Ren
ditinggalkan adiknya,Bas
dibenci ibu sendiri yang nyanyuk tak sedar diri
and menderita sakit sepanjang hayat...

pemergian Mas,aku rasa mungkin dirasai jugak oleh adik-adik dia yang hitam gelemat ni..
dua tiga hari lepas mas mati,Gajah Pendek pun sakit.aku rasa sebab masuk angin..tak pun sembelit taik keras.malam tu dia lembik sangat.tak boleh berdiri.aku bagi dia minum air.aku urut-urut perut dia,pelan-pelan taik dia kuar.
aku rasa tu positive sign.then aku masuk tido
sok nyer,dia dah boleh berdiri.tapi bila jalan,dia jatuh balik.aku rasa dia ada potensi untuk sembuh.aku rasa perut dia dah ok.cuma mungkin dia lapar.sebab semalaman tak makan apa-apa sangat.
so aku and adik aku suapkan makanan untuk dia.bagi dia minum air.
tiba-tiba kitoeg wat satu rumusan yang kurang bijak.why not kitorg gunakan Eno Halia untuk hilangkan angin dia?
so kitorg pun bancuh la Eno Halia.xla banyak sangat kitorg bubuh.agak-agak sesuai dengan badan dia.
bila kitorg dah suapkan air Eno tu,Gajah yang lemah tu tiba-tiba menjerit.sedaya upaya dia kuarkan suara dia..menunjukkan betapa pedihnya dia

takutnya time tu..so kitorg bg minum air kosong balik.tapi bodoh jugak kitorg,mungkin air masak tu menambahkan lagi isipadu air dalam badan dia n bercampur lagi dengan Eno yang dah masuk dalam badan dia menjadikan dia semakin teruk
mulut dia ternganga-nganga macam orang kepedasan yang amat
aku taktau nak buat apa dah.dah stop bg air
aku and adik aku cuma tak henti-henti mintak maaf kat Gajah

dekat sejam jugak Gajah terbaring kepedasan.kadang-kadang dia menjerit sorang-sorang..mulut dia asyik terbukak..mata dia terbeliak...tapi dia tetap comel...sob sob sob

aku ingat lagi muka dia time tu..aku terbayang sampai sekarang
dia masih lagi comel walaupun dah nak mati.

then aku tinggalkn dia jap sebab nak solat Zohor.
bila aku datang balik,dia dah x bergerak...
aku renung dia lama-lama,aku harap dia hidup lagi
tiba-tiba perut dia bergerak sikit,and keluar air liur jernih yang pekat dari mulut dia..meleleh and terus meleleh..
aku tengok je bangkai dia atas surat khabar lama.aku nak pastikan dia still hidup

last-last aku angkat jugak dia..and air liur tu keluar lagi.aku panggil Kolek and Atoy suh diorg tengok dia buat kali terakhir.past aku and adik aku korek tanah kat perkuburan kucing.pastu tanam dia

lepas tanam dia,aku macam tak tenteram sket..aku asyik rasa macam dia hidup lagi.aku tanya adik aku banyak kali.adik aku cakap dia memang dah mati.aritu pun bila ayah aku dah tanam mas pun,aku rasa macam mas tak mati lagi.sebab nak pastikan dia tu dah mati,kena tengok lama-lama.bila misai dia menguit sket,tak pun mata dia bergerak sket,maknanya hidup lagi.badan dia dah tinggal tulang so taktau nak bezakan ni keras sebab mati ke sebab tulang.

malam tu baru Atoy meroyan cari anak dia.masa kat kubur petang tadi dia siap nak berak atas kubur anak lagi.nyanyuk punya mak.
bila atoy bunyi cari anak dia tu,aku rasa bersalah sangat.aku takut atoy cuba gtau yang anak dia still hidup dalam tanah tu.
tapi akal yang waras,halang aku rongkah kubur tu balik.
ikut akal,aku tau rasa dia n mas dah mati
tapi ikut hati,aku rasa diorg still hidup and meronta-ronta dalam tanah tu.mungkinkah ni mainan syaitan

sejak tu,tiap-tiap malam bila aku nak pejamkan mata,aku terbayang wajah comel Gajah Pendek yang tengah bertarung dengan ajal.kucing sekecil tu,aku tak sanggup tengok betapa seksanya dia nak hadapi sakit kematian.

sejak dari tu,aku takkan minum langsung air Eno Halia.in fact memang aku tak pernah minum pun.
sebab aku takut aku dapat bayangkan sepedih mana Eno tu untuk ditanggung tubuh skeecil Gajah Pendek.
sekarang ni aku dah tak sekerap dulu ingatkan Gajah Pendek ni..tapi still akan ingat jugak tiap-tiap ari
and aku arap diorang bukan mati sebab ditanam aku hidup-hidup.

mungkin aku kot yang dah tak brapa siuman?

3 comments:

Anonymous said...

dah mati kot.. hai laa ape ke bangang korang ni kasi eno halia.. aku minum pun dah berasap mulut.. inikan pula kucing kecik..

huhu kesian dia..

ehh jap.. asal nama kucing kau semua nya ala nama sesuka hati keluar mulut terus bagi nama tu kat kucing.. hehehe kelakar!

-KuraKura-

noridayu said...

T____T

Mizz_NuHa said...

kurakura:sedih woo tgk dia time tu..hai la..klu lamdia boleh hidup balik..


ayu:aku pun sedih weyy..penyesalan yang lebih teruk dari x blajar rajin2 dulu...kalau la boleh undur balik masa..aku nak dia idup balik..dia mati sia-sia..