Tuesday, August 28, 2012

boring..

Sunday, August 12, 2012

sunday

Pagi ahad yang sepatutnya best tapi aku taktau nak isi dengan aktiviti apa.sepatutnya aku kena pegi keja tapi katil aku ni semacam ada magnet la pulak hai..susah sungguh nak bangun.so aku pun malas nak pegi..mentang-mentang boss tak datang arini..hehe

sebenarnya target aku hari ni adelah mengemas rumah..maklum la..idup serumah dengan orang lelaki.mana ada sense of kemas mengemas ni kan..untung la zaman anak dara dulu ada bilik sendiri.sukati la nak hias macam mana pun..sekarang ni jangan harap la..

tahun ni tahun pertama aku beraya dengan status seorang isteri.and tahun pertama jugak la aku x beraya kat kedah.perasaan??syahdu...

kalau dulu2 time blajar sekarang ni mesti musim aku bersila kat dapur dah buat segala aneka kuih raya sendiri tapi tahun ni..hmmphh...aku asyik keja jer..aku pun dh fedap.duduk pun umah sewa,rasa macam malas nak bertungkui-mului menghias ke apa kan..

so paling-paling pun,arini aku nak dapatkan feel beraya tu.aku nak mengemas,nak ubah susun atur perabot,nak buat kuih..hmm bestnya..

eh,baju raya pun x beli lagi...  T_T

tengok, tahun ni aku memang xder feel la nak raya..satu-satunya perkara yang boleh menghepikan aku balik adalah bila aku terbayang tak kira la kat mana aku berya pun,juadah raya tu mesti best2 kan..secara tak langsung,lagi banyak rumah saudara-mara husband aku yang bakal diorang angkut aku nanti, lagi banyak la makanan yang aku boleh makan..hihihi..

aghhh layan sudah.....




Wednesday, August 1, 2012

syuh..syuhhh

punya la lama aku tak update blog aku ni..sedar-sedar sekarang ni dah masuk bulan posa dah pon..bukan aku taknak update la deng..aku banyak jer benda yang nak direpekkan tapi tu la..sekian lama laptop aku ni kena virus pppppppppp pun aku tak der rasa nak hantar2 repair.

virus ppppp tu adelah virus yang bilamana aku tengah khusyuk menulis,tetiba adeeeeee jer urup p nak mencelah...pastu aku bengang trus aku tutup laptop.nanti bila aku dah bukak balik nanti,dah takder dah gangguan urup p tu tapi... bila aku nk guna urup p tu nnti,dia xkan kuar..jadila aku supa orang cacat menulis..ntah apa2 la aku tulis kalau ada orang yang pandai teka apa yang aku bagitau tu orang tu memang hebat

syabas bete..syabas!!

ni tengah aku lepak2 layan facebook ni tetiba member aku masa skolah dulu(laki) ekceli tak rapat pun sebab dia kelas lain,teapi sebab slalu bertembung and aku suka panggil dia panda pasal dulu dia berisi2 gebu putih melepak macam panda pastu dia pulak dokk panggil aku 'lompat'.k la..jadi kawan..

ehh ayat tak habis.

so member ni tegur kat fb msg untuk mintak no phone aku...

aku tak reply pun malah berpura-pura menganggap diri aku tengah bizi basuh berak anak kat bilik air lalu meninggalkan fb aku terkontang-kanting sendirian.boleh?

sebab aku dapat agak apesal dia nak no phone aku..

TU  NAK JUAL INSURANS LETTEW.....

camna aku tau?

sebab dulu aku pun tak pasti kitorang terborak (terborak ok bukan terberak) pasal apa ntah kat fb skali terlalut2 pasal jual insurans.aku dengan sekuat daya nyer telah mengkondem la penjual insurans ni..lagipun kamon la..aku join navy tu pun dh ada insurans.haha gila cetek ilmu aku.padahal insurans tu cover time keja jer..hakhakhaktuihh

aku dengan selantanag-lantang nyer telah menegaskan yang 'yess,insurans tu memang penting,tapi sila tunggu aku kaya terlajak besok-besok sampaikan taktau nak buat apa lagi belen 5k dalam gaji aku ni(chewahh mamposlah berangan) baru aku beli insurans.

tapi ni bulan-bulan pun cukup-cukup hitung jer..lagi nak suruh aku amek insurans..kamon la..

note: masa aku cakap semua ni pungpangpungpang aku tak tau pun yang dia ni sebenarnya jual insurans gak..hahaha matik la makk

tetiba dia cakap 'ekceli aku pun jual insurans.camni la..ko bagi no phone ko,biar aku explain kat ko kaw2 punya.gerenti lepas ni fikiran ko brubah.ko taknak beli pun takpe tapi aku selaku penjual insurans ni memang takkan puas hati slagi tak dapat mengubah mentaliti rakyat Malaysia ni.'.

wahh..dan-dan tu aku teringat nak kuar sebab sabun basuh baju tak beli lagi,ubat gigi dah abes dah..bla bla bla.... kita sambung nanti2 jela yer.

daaaaa ;)

and skarang ni penjual tegar ni datang balik..ha ha ha habis la aku..

jangan reply..jangan reply..