Wednesday, August 1, 2012

syuh..syuhhh

punya la lama aku tak update blog aku ni..sedar-sedar sekarang ni dah masuk bulan posa dah pon..bukan aku taknak update la deng..aku banyak jer benda yang nak direpekkan tapi tu la..sekian lama laptop aku ni kena virus pppppppppp pun aku tak der rasa nak hantar2 repair.

virus ppppp tu adelah virus yang bilamana aku tengah khusyuk menulis,tetiba adeeeeee jer urup p nak mencelah...pastu aku bengang trus aku tutup laptop.nanti bila aku dah bukak balik nanti,dah takder dah gangguan urup p tu tapi... bila aku nk guna urup p tu nnti,dia xkan kuar..jadila aku supa orang cacat menulis..ntah apa2 la aku tulis kalau ada orang yang pandai teka apa yang aku bagitau tu orang tu memang hebat

syabas bete..syabas!!

ni tengah aku lepak2 layan facebook ni tetiba member aku masa skolah dulu(laki) ekceli tak rapat pun sebab dia kelas lain,teapi sebab slalu bertembung and aku suka panggil dia panda pasal dulu dia berisi2 gebu putih melepak macam panda pastu dia pulak dokk panggil aku 'lompat'.k la..jadi kawan..

ehh ayat tak habis.

so member ni tegur kat fb msg untuk mintak no phone aku...

aku tak reply pun malah berpura-pura menganggap diri aku tengah bizi basuh berak anak kat bilik air lalu meninggalkan fb aku terkontang-kanting sendirian.boleh?

sebab aku dapat agak apesal dia nak no phone aku..

TU  NAK JUAL INSURANS LETTEW.....

camna aku tau?

sebab dulu aku pun tak pasti kitorang terborak (terborak ok bukan terberak) pasal apa ntah kat fb skali terlalut2 pasal jual insurans.aku dengan sekuat daya nyer telah mengkondem la penjual insurans ni..lagipun kamon la..aku join navy tu pun dh ada insurans.haha gila cetek ilmu aku.padahal insurans tu cover time keja jer..hakhakhaktuihh

aku dengan selantanag-lantang nyer telah menegaskan yang 'yess,insurans tu memang penting,tapi sila tunggu aku kaya terlajak besok-besok sampaikan taktau nak buat apa lagi belen 5k dalam gaji aku ni(chewahh mamposlah berangan) baru aku beli insurans.

tapi ni bulan-bulan pun cukup-cukup hitung jer..lagi nak suruh aku amek insurans..kamon la..

note: masa aku cakap semua ni pungpangpungpang aku tak tau pun yang dia ni sebenarnya jual insurans gak..hahaha matik la makk

tetiba dia cakap 'ekceli aku pun jual insurans.camni la..ko bagi no phone ko,biar aku explain kat ko kaw2 punya.gerenti lepas ni fikiran ko brubah.ko taknak beli pun takpe tapi aku selaku penjual insurans ni memang takkan puas hati slagi tak dapat mengubah mentaliti rakyat Malaysia ni.'.

wahh..dan-dan tu aku teringat nak kuar sebab sabun basuh baju tak beli lagi,ubat gigi dah abes dah..bla bla bla.... kita sambung nanti2 jela yer.

daaaaa ;)

and skarang ni penjual tegar ni datang balik..ha ha ha habis la aku..

jangan reply..jangan reply..

0 comments: