Saturday, October 27, 2012

Rutin Hidup


Aku dah lama tak join training navy-obviously.hehe
Bukan taknak, tapi tak larat. And lagi satu, still tak boleh nak get use dengan suasana baru. Yela, memang la belum cuba. Tapi kejutan budaya tu adelah sesuatu yang aku paling nak elakkan.

Skarang ni, mana mungkin aku yang bekerja dekat Telok Panglima Garang and tinggal di Subang, nak hadiri training dekat Penang..hahaha.. Memang dah dapat surat amaran dah pun.. Cuma belumrajin nak reply je..
Ayah aku pulak dokk ingatkan banyak kali, jangan sampai nama digugurkan sebab dah lama tak aktif. Nanti buat rugi je duit dalam Koperasi Tentera tu..wahh,,yang tu pulak matlamat ayah aku kan.. Yela, aku tak nafikan, Koperasi Tentera memang menjanjikan pulangan dividen antara yang tertinggi..tapi..aku tak larat..
in fact, macam dah hilang minat dah pun..

hidup aku sekarang ni, just pegi keja, balik keja, sapu sampah, basuh baju, bagi kucing makan pastu melepakkk dalam bilik tak keluar-keluar.
Nak masak..hmmphh..tunggu datang mood.and yang paling penting, tunggu datang selera nak makan dulu.
Esok, ulang benda yang sama balik.. haih..

Maka dengan itu, persiapan untuk melahirkan baby ni, satu benda pun aku belum buat.

mana nak survey hospital
barang baby lagi
baju mengandung pun aku baru je beli minggu lepas..haha..punya laaaa

selama ni aku belasah je pakai la baju kurung besar-besar.pastu tak payah cakuk kain.zip sikit je pastu letak pin.pedulik hafa haku kain aku singkat ker, tinggi sebelah ker, janji aku dah kawen..tak payah susah payah nak mengorat aku..hakhakhaktuihh..

Seriously, aku rasa hidup aku memang perlu diuruskan oleh seseorang.likee...pengurus?manager?haha retis la sangat kan..
sebabnya, dah la laki aku pun hidup untuk keja jer.. aku pun lebih kurang jer..walaupun bukan hidup untuk keja, tapi aku hidup untuk pegi kerja..separuh tenaga aku habis kan jalan jer..pastu bila sampai kat tempat keja, bukannya jadi pekerja cemerlang sangat ponn..hahaha..last-last kami laki bini hidup macam passing-passing baton jer..ko balik, aku keluar.aku balik, ko plak keluar. best kan?bestttt sangat..haha

weh, seriously, aku sangat-sangat teruja nak shopping barang baby la.tapi taktau nak mula dari mana.adela member ofis dah bagi aku complete list barang-barang baby.terpulang kepada aku nak decide je mana nak beli, mana yang taknak.

tapi tula, shopping ni jadi sangat tak best bila takder suami kat sebelah. sama macam zaman nak beli baju ngandung dulu. takder laki aku, jangan harap aku nak keluar sendiri shopping sorang-sorang. tak best katanya.

so..lets tinjau-tinjau blog orang ngandung..bley?

cakk

assalamualaikum..

wahh..kelas kau jah kan..dah berabad menghilangkan diri sekarang baru nak cak-cak bagai..hihi

lama benar aku tak update blog ni, sampai dah tak tahu nak mula dari mana.tapi ok la ni, at least wujud jugak diri ni.masih bertemu jalan pulang.hehe

memandangkan malam ni aku sangat bosan, and kucing-kucing pun tak menunjukkan tanda yang diorang berminat nak berkawan dengan aku, maka, kat sini jela aku membebel sorang-sorang.

susah jugak bila bersuamikan lelaki yang kerjanya ikut shift, tak tentu masa plak tu.redha jela.bukan aku sorang jer yang alami benda ni.ramai lagi yang senasib.so, tak payah nak kecoh-kecoh.bukan dulu kau ke yang menggatal lebih nak kawen cepat-cepat kan...??hehe

hmm sedar tak sedar, dah 6 bulan aku bergelar mak buyung.satu fasa baru yang aku pun tak pernah sangka aku akan alami.bersyukur sangat, bila diberi kesempatan untuk merasa pengalaman bermakna ni.arap-arap semuanya selamat la eh.

Alhamdulillah, setakat ni, aku masih belum diuji dengan cubaan mengandung yang bukan-bukan.aku rasa baby aku ni lagi kuat semangat dari mak dia ni.yela, kadang-kadang, Allah bagi kesenangan kat sini, Dia uji kita kat tempat lain. Dia uji aku dengan tempat keja yang jauh, Dia bagi aku kandungan yang kuat dan tak berasalah-insyaAllah.
Mungkin lepas ni, ada lagi ujian yang mendatang, tapi arap-arap la aku mampu hadapi.

so, this is my journey..hopefully..aku nak coretkan sesuatu untuk tatapan aku.taknak macam budak-budak zaman dahulukala dah.hehe