Saturday, October 27, 2012

cakk

assalamualaikum..

wahh..kelas kau jah kan..dah berabad menghilangkan diri sekarang baru nak cak-cak bagai..hihi

lama benar aku tak update blog ni, sampai dah tak tahu nak mula dari mana.tapi ok la ni, at least wujud jugak diri ni.masih bertemu jalan pulang.hehe

memandangkan malam ni aku sangat bosan, and kucing-kucing pun tak menunjukkan tanda yang diorang berminat nak berkawan dengan aku, maka, kat sini jela aku membebel sorang-sorang.

susah jugak bila bersuamikan lelaki yang kerjanya ikut shift, tak tentu masa plak tu.redha jela.bukan aku sorang jer yang alami benda ni.ramai lagi yang senasib.so, tak payah nak kecoh-kecoh.bukan dulu kau ke yang menggatal lebih nak kawen cepat-cepat kan...??hehe

hmm sedar tak sedar, dah 6 bulan aku bergelar mak buyung.satu fasa baru yang aku pun tak pernah sangka aku akan alami.bersyukur sangat, bila diberi kesempatan untuk merasa pengalaman bermakna ni.arap-arap semuanya selamat la eh.

Alhamdulillah, setakat ni, aku masih belum diuji dengan cubaan mengandung yang bukan-bukan.aku rasa baby aku ni lagi kuat semangat dari mak dia ni.yela, kadang-kadang, Allah bagi kesenangan kat sini, Dia uji kita kat tempat lain. Dia uji aku dengan tempat keja yang jauh, Dia bagi aku kandungan yang kuat dan tak berasalah-insyaAllah.
Mungkin lepas ni, ada lagi ujian yang mendatang, tapi arap-arap la aku mampu hadapi.

so, this is my journey..hopefully..aku nak coretkan sesuatu untuk tatapan aku.taknak macam budak-budak zaman dahulukala dah.hehe


2 comments:

Cik Adek Manes said...

oittt ! bile kawen..??

Nur Hafizah said...

heh..
dh dekat setaun dh nih..apehal private blog?

x sangkaaaa