Friday, November 16, 2012

esok keja!!

ni lebih kepada excited ke merungut ni?

kalau korang kenal aku, yeah..ofkos la merungut..

aku pun macam tak percaya dah seminggu aku cuti sejak ari sabtu aritu.sabtu, ahad, isnin, selasa, rabu, and arini khamis..waaa cukup-cukup la tu kennn..dapat merasa cuti panjang macam ni pun dah kira besar rahmat dah ni.ingat senang ke nak dapat?melainkan ko adelah cikgu or ko tengah cuti berpantang..hahaha

sejak ari ahad aritu, parents aku datang duduk kat rumah aku ni..excited kemain aku.sebab dah lama tak merasa diasuh ibu sendiri..memang heaven..

aku yang besar kepala ni pun sesedap rasa jer sambung balik tido lepas sarapan.bangun-bangun jer tengok, ehhh,,makanan tengahari dah siap?

hebak..hebak..

malam ni laki aku on-call lg..so idup adelah agak bosan..

oh ye, aku dah berjaya mendapatkan rumah sewa dekat gilerrrrr ngan tempat keja aku..ok la sementara nak menghabiskan tempoh mengandung ni..dapat la aku berehat-rehat jap kat rumah tu..tak payah la nak drive mengharungi jem yang x pernah surut kat sini ni..

ni la pestaim aku deal sendiri umah sewa without my husband.tapi nasib baik laki aku approve jugak lepas tengok rumah tu..kalau nak ikutkan rumah-rumah yang kami pernah jenguk yang memang hazabedah wacakaplu, kira orait la rumah sewa ni walaupun rege nyer tak sepadan dengan kawasan tu.

rasanya adelah jugak beberapa kali aku bengang dengan tuan rumah yang dah la sewakan rumah ntah apa-apa,,kat kawasan ulu plak tu..pastu sewa nak tinggi.tak sepadan dengan kawasan..pastu deposit nak dua bulan..aku tanya apesal mesti dua bulan?kalau nak dua bulan tu aku ok lagi, tapi tolong la sediakan kontrak yang mana kalau aku bagi notis siap2 before berambus dari rumah tu and aku tnggalkan rumah dalam keadaan sihat walafiat, pulangkan balik deposit aku.

oh..boleh pulak taknak..nak aku habiskan jugak duduk lagi dua bulan..kalau tak deposit takkan dikembalikan..

ni ape punya rules lah..pandai mintak banyak..tapi bila orang mintak pulangkan, banyak songeh plak..dah terang-terang aku nak tinggalkan rumah dalam keadaan sihat walafiat,,untuk apa lagi deposit tu disimpan bang oii..ni bukan win-win dah ni..ni ko sorang je merasa rumah ko tu still disewakan..untung kat ko sorang la pasal still dapat duit sewa for another two months.

perghh..kalau nak ingatkan berapa banyak orang yang buat pe'el macam ni..memang sakit hati..tabah jela aku ni menahan amarah..tah papo..

0 comments: