Saturday, November 17, 2012

survey spital pulok

aku mulakan dengan fakta yang korang taktau.




















'hospital ada dua jenis.satu gomen, satu private'















amacam?hebat tak fakta aku arini..muahahaha

ok camni..aku ni tak kesah pun kalau nak bersalin kat hospital kerajaan ker, swasta ker, rumah makbapak aku ke.....eh??

tapi yang paling aku kesahkan adelah, aku taknak bersendirian..aku paling paling paling taknak bersendirian.

aku ada terbaca katner ntah..yang kat hospital gomen ni kalau time tu bukan waktu melawat, hubby ko hanya boleh datang temankan ko time ko dah nak bersalin jer..lain dari waktu tu, ko duduk la sorang-sorang hitung brapa kali ko sakit and tunggu doc datang check bukaan.haha

aku taktau la benda ni betul ke tak tapi sebab skarang ni laki aku still kat tempat keja, so aku pun tak tanya benda ni kat dia.lagipun,aku ni kalau bab-bab ni tak pernah nyer terpikir nak rujuk laki sendiri.pasal bila dia duduk sebelah aku, takder maknanya aku nak tanya pasal keja dia.baik kitorg bercengkerama di bawah bulan purnama.ye dokk?

satu lagi, mak mertua aku cakap, better pegi private hospital.xyah hospital sangat pun takpe la..pusat bersalin pun ok dah..janji ko bayar, diorang pun treat ko heppy punyyerrr..

tapi orang cakap hospital serdang punya O&G macam agak bagus.so aku masukkan dalam senarai.
yang pasti, laki aku tak bagi aku bersalin kat hospital tempat dia keja.sebab dia tak suka nurse-nurse perli kalau dia panic time bini sendiri bersalin. ni mesti time patient lain bersalin ko buat main-main jer..hahaha

actually aku pun tengah mempertimbangkan bersalin kat kedah jugak..tapi bila pikir-pikir balik, aku rasa aku tak cukup kuat bersalin tanpa asben sendiri di sisi.yela, aku cakap ni pun macam la kalau aku bersalin kat selangor jugak, asben aku boleh datang...dibuatnya time tu dia takleh lepaskan diri dari tempat keja??

tapi mak bapak aku cakap, kat kulim tu dah tak jumpak klinik bersalin yang diterajui oleh orang melayu..semuanya bangsa lain.so macam tak best sikit..lagipun kakak aku kan dijangka bersalin sebulan awal dari aku.so mungkin mak bapak aku pun memang da ada kat selangor ni tunggu kakak aku berpantang.so semua ada sini.asben, mama, abah..orait la tuuu

now, ada seorang member kat kilang bagitau aku satu klinik ni.

PUSAT BERSALIN BARAKAH


antara benda yang buat aku tertarik dengan pusat bersalin ni,

1.Dekat dengan tempat keja aku and rumah sewa baru aku.
Jarak dia adela dala 13km dari tempat keja aku.so aku boleh tunggu sampai betul-betul ready nak bersalin, baru amek cuti.hahaha untung..

2. Doktor nyer semua muslimah.
Ni yang penting. Alhamdulillah, so far, aku belum pernah disentuh doktor lelaki time checkup.kalau pegi klinik desa, kompem-kompem la nurse tu semuanya pompuan.bila pergi scan baby kat satu klinik ni pulak, Dr yang bertugas mesti yang perempuan.dah la baik plak tu..Alhamdulillah..

3.Pakej yang ditawarkan kira orait la.
Ada dua pakej.Pakej Khadijah( bilik sorang) and pakej Fatimah(yang share 4 orang satu bilik) .harga dia dalam rm1500++ and rm1700++ jer..which is aku rasa agak affordable la.aku mana mampu nak cover bill utk spital mcm KPJ, Tropicana semua tu. lagipun aku taknak spital gomen atas sebab-sebab yang dah dinyatakan tadi ja..haha..

4.Suasana kat situ
Ni kata kawan aku yang pernah bersalin kat situ la.Katanya kat situ sepanjang masa berkumandang bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.mana la tau kot-kot time tu aku stress sangat ka, ada gak yang nak ingat mengingatkan kan..maklumlah, first time..

cuma ada satu benda ja..

harga di atas adelah untuk bersalin normal sahaja..

kalau kena c-sect, dia bagi dua choice which is
1) hantar ke hosptal klang yang super pack (kata asben aku)
2)hantar ke salam medical centre??  yang mahal( kata aku)

so, doa-doa la supaya semuanya berjalan lancar sahaja...


kalau korang ada cadangan, tolong la share-share..aku ni serba tak tahu punya orang..

huhu..







0 comments: