Saturday, November 17, 2012

tinjau-tinjau bakal rumah sewa


susah jugak bila laki aku still takleh confirmkan tempat keja dia yang sebenar.housemanship tu dah la makan masa dua tahun.so dalam masa dua tahun ni, aku asyik menyogokkan fikiran aku dengan tanggapan yang selangor ni bukanlah selamanya tempat aku mencari rezeki. and mungkin jugak bukan tempat aku aku membiak beranak pinak..woho

kurang dari setahun, laki aku akan menamatkan posting dia.bermakna kurang dari setahun jugaklah dia akan berpindah ke negeri lain.aku suruh dia apply kat kedah jer..hukhuk..tapi bila pikir-pikir balik, macam tak baik jer jauhkan anak lelaki dari ibu bapanya.nak-nak plak laki aku tu anak sulung.hmm..

so buat masa sekarang ni, kitorang menghabiskan duit kat sewa rumah jela..rugi memang la rugi tapi alang-alang nak buat loan, aku ni bukan lah kahaya mana nak beli umah kat sini, pastu nanti pindah ke negeri lain lak untuk selama-lamanya..eceh..kompem je untuk selama-lamanya.haha

aritu kan aku ada cakap pasal bakal rumah sewa baru aku tu.hah, ni pic rumah tu yang aku sempat snap.




aku mintak tuan rumah ni kosongkan barang-barang sebab aku taklah perlukan sangat rumah yang fully furnished.lagipun aku taktau mana nak sorokkan barang yang banyak-banyak tu nanti.kang dah penat mengemas pun tak boleh-boleh nak nampak kemas jugak sebab barang banyak sangat.

padahal sebenarnya aku takut dia charge lebih..haha..dasarrr...

so skarang ni tuan rumah baru nak kosongkan sikit2 barang dia..ikutkan hati, nak ajer aku mintak dia tinggalkan sofa tu tapi bila pikir-pikir balik, aku ni dah la ada kucing-kucing yang boleh tahan derhaka jugak la, so kenselll..





ok, bila nampak gambar fridge tu, baru aku teringat. aku plan nak beli lagi sebijik fridge.sebab fridge yang ada sekarang ni cuma satu pintu.so macam tak fresh sangat.ni asben aku la nih.masa mula-mula kawen dulu masing-masing baru jer stat keja so menggagau jugak la nak beli barang rumah pun.aku keluarkan 500 suruh dia beli washing machine.and aku mintak dia beli fridge sebab gaji dia lebih sket dari aku yang nan ado ni khennn..alih-alih dia pun nak spend 500 gak untuk beli fridge..berbuluuuu jer aku satu hari..haihh

so, memandangkan aku bercita-cita nak fully breastfeed anak aku (In shaa Allah) so aku perlukan ruang penyimpanan yang lebih.yela, kena la asingkan jugak kan barang dapur dengan stok susu.baru happening sikit..




rumah ni actually adelah semi-d. padahal target asalnya aku ni asal dapat rumah teres satu tingakt yang super dekat dengan tempat keja, and terletak dalam komuniti masyarakat yang selamat, and tak pernah didiami oleh bangsa lain pun orait la.. tp susah nauu nak dapat ciri-ciri cenggitu. kalau ada pun mesti rumah mahal yang macam tak berbaloi plak untuk aku and asben yang baru nak belajar hidup ni.


tapi bila tengok rumah ni, aku macam berkenan plak.semua ciri-ciri yang aku nak, ada kat rumah ni.sok-sok kalau tuan rumah ni nyanyi nak jualkan rumah ni, aku nak grab la..ada gak aset hartanah kat selangor ni..sementara masih muda, time ni la nak rancang kewangan keluarga.kann??

0 comments: