Monday, May 27, 2013

Ideal Life

Aku selalu bermimpi..dengan erti kata lain, berangan.Aku ada life idaman aku sendiri.

Manusia ni hatinya memang sentiasa berbolak- balik. Tak tetap pendirian. Berubah mengikut masa. Mengikut keperluan.

Dulu aku pandang wanita yang tak bekerja tu bak kata orang cina, ' Malas nak hidup'.Sebab aku rasa kita dihantar oleh parents kita untuk belajar, mengubah hidup keluarga.Ubah hidup sendiri. Tolong adik-beradik.

Betulkan aku jika aku salah.

Pandangan aku sekarang ni totally berubah. Sebab aku dah rasa apa yang aku tak pernah rasa.Aku jilat ludah aku. Aku tarik balik kata-kata aku. Sebab aku memang macam orang lain, hanya berkata bila sendiri tak rasa.

Tanggunjawab mendidik and menyekolahkan anak itu, tanggungjawab ibu bapa.
Tak kisah la samada anak tu, anak lelaki or perempuan, wajar diberi peluang menuntut ilmu.
Tapi,
Kalau satu hari nanti anak perempuan tu dah kawen, dah ada pemimpin baru, dan dia dah tak bekerja, kita sebagai parents tak berhak mengungkit and
mintak sekurang-kurangnya anak itu balas jasa kita yang menyekolahkannya.Itu memang tanggungjawab kita yang tak boleh diungkit apatah lagi minta dibalas. Tapi anak-anak, wajarlah membalasnya..

Sebab tanggungjawab dia dah pergi kepada suami.
Kalau suami kata jangan keja, jangan keja lah.
Aku rasa, berkat kita ikut cakap suami, in shaa Allah, rezeki tu akan terbuka luas.Semua dengan izin Allah s.w.t.

Aku mula sedar, semua perempuan, termasuk aku, 'berlumba-lumba' nak ada anak sendiri.
Tapi bila kita dah ada anak, apa yang kita buat? Kita biar anak kita dijaga oleh pengasuh. Dijaga oleh orang lain. Dibesarkan oleh orang lain. Sampai dia dah masuk taska, tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, kolej, universiti.
Hai, nama saya Lutfi Imran


And by the time kita pencen, semua proses tu dah hampir selesai. Sedar tak sedar. Aku baru jer pencen, tiba-tiba anak aku mintak ditukarkan 'hak pemilikan'. And aku tak sempat nak rasai sepenuhnya proses tu.Aku hilang semua tu.



Abaikan belakang aku yang bersepah tu


Mungkin orang lain sanggup. Tapi percayalah, aku tak sanggup. Naluri ibu, memang nak sentiasa dekat dengan anak. Nak ada dengan anak sepanjang masa. Kalau boleh taknak keja. Aku rasa, tu bukan bisikan hati yang tak waras. Tapi itulah naluri keibuan kita yang memberontak.

Kenapa negara kita yang kaya-raya dengan hasil minyak, pembalakan, perindustrian, pelancongan ni tak membenarkan sebuah keluarga hanya disara oleh seorang ayah yang bekerja? Kenapa negara kita ni membenarkan situasi di mana ibu-ibu terpaksa keluar bekerja?

Brunei, walaupun kecil, ada hasil minyak.
Singapore, kecil, cemerlang dalam industri.
Kita ada Sabah, Sarawak, Terengganu, Kelantan.. tapi...

Nampak tak ada something wrong kat situ?

Logik tak kalau aku cakap penyokong pembangkang ni bukannya ada mentaliti 'Semua benda nak free' jer?
Kita mintak sebab kita tau kita sepatutnya dapat.
Kalau orang lain rasa, nasi lemak berharga RM8 tu munasabah, dah realistik, orang tu samada ada masalah jiwa ataupun desperate untuk kelihatan berada and tak suka mengharap.

Sebenaranya aku nak cakap, aku nak berenti keja, tapi husband aku tak bagi,,huhu
Apesal ntah aku boleh terbebel pasal politik ni?

Haih

why?

terserempak dengan gambar ni dekat FB.


tak kisah la ini gambar betul-betul or sempena photoshoot jer ( ye ker) tapi it really touched my heart.sungguh tak tipu.

Sebab tengok saiz budak tu, macam saiz anak aku jer..

Memikirkan dia dilahirkan ke dunia dan hidup macam tu, sedangkan aku tahu macam mana aku lebihkan anak aku,arghhhh.sedih..

Tak kira la siapa pun dia, semoga dia selamat di dunia yang kejam ni.

Honeymoon..Finally..



Hari tu masa berpantang, sekejap rindu kat laki kat KL, kejap rindu kat anak. Kejap aku berangkut satu family ke KL, kejap aku biar mak ayah aku bawak balik anak aku ke Kedah.Tapi esok lusa dah tak tahan rindu, aku drive sorang-sorang balik Kedah.Sambil layan sayu sorang-sorang. Sambil nanges sorang-sorang. Aku nak miliki kedua-duanya serentak.Serius aku nak suami aku and anak aku ada dengan aku sepanjang masa.

Masa cuti bersalin belum abes, aku balik kejap ke KL tanpa anak aku. Sebab rindu kat asben jugak..mihiihihi..

So alang-alang asben tengah cuti, moh la kita pegi honeymoon. Aritu gaduh sejak kawen tak pernah honeymoon sangat kan? Haa pasni kalau bercuti dengan anak, tu dah dikira family holiday dah. Ate mana nyer honeymoon kome ni jah oii.


So ni destinasi nyer..Grand Lexis Port Dickson. Konon sebab aku gian sangat nak berendam dalam kolam tapi dalam keadaan aurat terjaga..gitewww.HahaHa
So far yang aku tahu bilik yang ada private pool, sini jelah tempatnya. Tempat lain aku tak tahu..


Ini festaim..ini festaim...

Bilik ni agak spacious la..ekceli bukan bilik pun tapi lebih kurang macam whole house la..Feeling-feeling mak nyah..



Ada dua pilihan..Satu garden villa. Satu lagi above sea villa. Tapi semuanya ada kolam masing-masing. Bezanya besar and kecik je rumah tu and kolam tu.

Sebenarnya masa aku datang ni semua bilik dah penuh, maka nyer aku hadap jela macam mana pun harga nyer..Alang-alang dah sampai.. So aku pilih yang above sea plus yang ada sea view. Maksudnya villa ni ujung skali and ko berjiran dengan laut.




Abaikan aku.

 So ni adelah kolam tersbut. Tak besar pun. Sekali  kuak pun dah sampai hujung. Tapi dah nak berendam sangat, hah jom la kita berendam..Duk hujung skali takder orang nak skodeng pun..huhu

Tapi dia saat aku terhegeh-hegeh kocak-kocak air ngan laki aku bajet ko tu kanak-kanak riang, jauh di sudut hati aku, aku rindu sangat kat anak aku.

Aku nak anak aku ikut aku ke sini. Tapi sebab ini adelah tugasan melangsaikan hutang honeymoon, maka tunggu lah dulu. Lagipun takkan ko nak berenang skali nak oii..

So aku pasang impian, aku akan datang sini sekali lagi..Kali ni dengan kehadiran Lutfi and mak ayah aku. Baru hati aku hepi dikelilingi insan-insan tersayang..wahhh cita-cita..



Isteri tersebut dan suami beliau.




Petang tu kitorang jalan-jalan ambik angin buang angin kan kawasan tu. Macam-macam aktiviti ada,.Kiranya sesuai kalau nak buat family gathering kat sini. Ada gym, ada gelanggang volleyball, memanah, cycling, pastu basikal apa yang ko kayuh sambil duduk melunjur tu.Pendek kata, macam-macam adaaaa..(eh lama tak dengar tagline pakcik astro ni kan?)



Pemadangan bila air tengah kuat.. Terjenguk-jenguk aku and laki aku meniarap atas lantai kaca tu sajer nak tengok air laut. Dasarrr..


Ohh sebab kitorang adalah super kelakar ( read: jakun), maka kita setelkan semua kejakunan kita malam ni jugak. Kita order makanan hotel yer bang?

Malam tu kitorang berkurung dalam bilik jer.. Beramah mesra sambil mengenali hati body masing-masing.So, dah malas-malas tu, tapi tekak tetappp ngengada maka ambik la Sirloin steak and mushroom soup.



Sejak kawen ngan pakcik tersebut, aku memang kerap sangat makan steak.. Konon nak mencuba kat semua tempat. Tapi steak ni sangat sedap..Tak masin macam kat sesetengah tempat yang aku tak brani sebut takut nanti kena saman.Haha..Duyung Restaurant. Taknak bermalam, makan saje kat restoran pun takpe rasanya... Kotttt..



Esok after check out, kitorang merayap lagi.. Sampai ke melaka. Semata-mata nak makan ikan bakar.Bermalam la kejap kat hotel bajet apa ntah lupa plak nama nyer..

Kat bawah ni jela satu-satu nyer gambar kenangan hotel bajet tersebut. haha..pasal sejak kawen ni, kitorang memang suka buang tebiat bermalam kat hotel bajet di sekitar Subang and KL.. Saje nak bagi orang yang tak kawen lagi jeles..miehehehe..




Tengok, kat tengah pekan pun letak AES.. aihh..ingat orang kita ni ni kaya raya sangat ka?????
Dah la keja sebagai orang bawah..kompem ari-ari tak boleh lambat, pastu duit tak banyak plak tu..

Cuba la buat dea baru contohnya gantung lesen terus ke apa ke..Benda-benda yang orang akan pikir doplohpat kali before memecut. And kalau kena pun tak melibatkan duit muit ni..






Hehe..bercuti boleh, bayar saman kedekuit..


Tapi bukankah each and everyone of us deserves to be happy?
haa..kan aku start politik kang...

So, lets la kita berenti..Okay..

Daa.....

Sunday, May 26, 2013

Itu Aku

Assalamualaikum..

Hari ni patutnya aku masuk keja sebab hujung bulan kan sibuk nak kejar target, tapi aku tak cukup will power, so kita tak payah masuk keja. haha

Hari ni, aku nak setkan satu permulaan.

Permulaan menurunkan berat badan.

Aku banyak berfikir lately.
Fikir what if itu, what if ini..

Dolu-dolu aku mengecam golongan perempuan yang tak pandai menjaga bentuk badan and berserah kepada takdir jer once diorang dah beranak. Pastu nanti bila laki dah cari lain, diorang mengamuk. Memang la kau sanggup hadap laki kau buncit tapi nak buat macam mana kalau laki kau memang tak sanggup nak hadap kita yang buncit ni...kan?

Suami aku selalu cakap, dia tak kisah aku gemuk lepas bersalin.
Tapi tak jugak dia cakap aku boleh terus gemuk camni. Cuma dia taknak aku rasa macam dia memandang luaran, maka katanya, '"Ambil la masa sendiri".

Tapi, tanggungjawab kita la nak pikir lebih ke depan sikit.
Macam mana dia tenangkan kita pun, kita tak boleh tipu diri, 'suami kita memang nak isteri dia nampak cantik and hebat'.

Sekurang-kurangnya, sejuk lah sikit mata dia.
Biarlah kita jadi macam pasangan bercinta sampai ke hujung nyawa.

Ewwahh..

Macam mana aku boleh tersedar yang aku sebenarnya dah tersasar gemuk?

Cer tengok gambar ni;
Sila jangan terkejut, OK

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Ini gambar after bersalin.Belumpun cukup 2 bulan berpantang, aku keluar bawak anak aku jalan-jalan ambik angin buang angin. Pastu suruh husband ambik gambar..Sekali...haaa..

Patut la mak aku asyik suruh aku kuruskan badan.
Patut la ofismate aku asyik cakap aku gemuk.
Patut la husband aku asyik sengih je bila aku tanya betul ke aku ni gemuk.

Ciss..

Ni time berat aku 70 kg.
Sebelum bersalin, berat tertinggi aku, 79kg.
Sebelum mengandung, berat terakhir aku 60kg.


Ni gambar lepas dapat tau aku pregnant.

Terus, gimana harus aku kecutkan diri ini?


Toliong...tolionggg



Sunday, March 3, 2013

kehidupan selepas menjadi mak budak


ok, ni sambungan untuk entry lepas.aku bukan ttakde masa, tapi aku malas menulis.tapi pikir-pikir balik, tak best juak gak kalau tak tulis apa-apa untuk kenang-kenangan.bukan ada orang nak baca pun.akuuuu jugak yang baca.hahaha

sebenarnya kalau ditanya aku serik tak branak ,or aku nak tak beranak lagi, jawapan aku adelah NO. ntah la, aku tak boleh nak bayangkan mengandung selama 9 bulan,pastu sakit bersalin, pastu tanggungjawab yang menunggu bila anak dah lahir.dengan tak cukup tido nyer..belum lagi start keja.dah start nanti taktau lagi..dengan laki aku yang jarang ada.memang kena berdikari dengan tabah la nanti...so aku decide nak enjoy tengok anak teruna aku ni membesar je..setel.aku pun musykil bila orang cakap takde mak kat dunia ni yang cakap taknak bila orang tanya nak anak lagi ke tak.mungkin aku la pompuan yang ganjil tu. mungkin jugak banyak dosa aku, aku jadi takut dengan benda-benda yang menyakitkan.tapi mak aku cakap,mula-mula je camtu. kuasa Allah, lama-lama terbukak jugak pintu hati tu nanti. in shaa Allah..

and aku cakap kat laki aku, kalau nak anak lagi, izinkan aku berenti keja dulu.aku mungkin tak sehebat orang lain.tapi aku perlu menjadi surirumah sepenuh masa untuk menjaga lebih dari seorang anak.aku taknak ada yang terabai.

sebenarnya, aku rasa aku mampu melalui pengalaman meneran kat labour room tu skali lagi.
yang aku tak tahan adelah,

1.kesakitan yang ditanggung sepanjang tempoh contraction.
2.ketakutan setiap kali kena seluk..ewwwww
3.kesakitan time berpantang.


Bila pikir-pikir balik, aku paling lemah dekat point no 3.yelah, rasa sengal-sengal je dekat bawah, rasa lemah and nak pitam setiap kali berdiri. Rasa macam dah bercerai kaki dari badan tiapkali berjalan.rasa rakut tiapkali nak kencing and birak.aku birak pun ari keenam pas bersalin.so ko bayangkan la camner ketakutan tu semakin meningkat hari ke hari.macam ada adrenaline rush.tapi tak birak-birak.last skali, hah, beranak kecil-kecilan la pulak haiii dalam toilet tu.sadisss!

nak pulak anak aku ni sampai hari ke 4 ke 5 ntah still kena tahan kat spital.walaupun bacaan kuning dia 90 je, tapi sebab lahir belum 38 minggu, ditambah pulak dengan darah aku type O (kononnya), so dia dianggap berisiko untuk jaundice la.Paling tinggi pun 126 je... So, aku and hubby pun berjuang membetulkan jenis darah aku tu, sebab aku nyer darah sebenarnya A..watpe ko nak tahan anak aku sebab ko yang salah check jenis darah aku kan..last skali, anak aku pun dibenarkan balik..

bermula la kehidupan berpantang aku.manager yang dilantik; tak lain tak bukan, mak aku la.hari-hari mandi air daun serai wangi campur daun lengkuas, ari-ari makan menu yang sama,(gulai ikan yu, tak pun gulai ikan senagin, pastu sayur sawi),ubat yang bersusun-susun, pati ikan haruan,dan segala merega merega lagi la.

seminggu pertama, aku rasa lemah mungkin sebab darah yang keluar kot,pastu sakit tiapkali berjalan, arghh aku rasa macam pompuannnnn sangat depan ayah aku..malu iii.. 

minggu kedua, aku dah bertenaga, tapi nurse yang datang check kat umah, cakap jahitan aku terbukak sikit.oh no...aku risau gila bila dia suruh pegi ke klinik kesihatan berhampiran.takut kena jahit hidup-hidup.haha.Alhamdulillah, doktor ckp xder apa.

bila rasa jahitan dah tak brapa sakit, baru mak aku panggil orang mengurut.wahh makcik tukang urut ni mesti geng-geng bini bini perkasa..sakit gila dia sentai aku.pehh

sebenarnya, tempoh berpantang ni jadi seksa sebab ko nak deal dengan rasa sakit, rasa lemah, and mental tak stabil.aku pun rasa benda yang sama.

Aku sedih bila pikir tanggungjawab bagi makan kat anak tu jatuh kat bahu aku.kalau tak bagi susu, tak makan la anak aku.berat tanggungjawab tu.aku takut sangat nak pikul.tiap-tiap ari aku rasa nak nanges.rasa sayu..tapi air mata tak kluar la pulak.haishh.taktau nak explain macam mana.

Aku rasa aku bukan ibu yang sempurna untuk anak aku.Bila orang bagi susu formula kat anak aku,aku rasa gagal. punah semua semangat aku nak breastfeed anak aku bila main dengan rasa lemah and sakit ni.mungkin aku yang manja agaknya.

Hari-hari awal tu,mana la ada susu sangat. even skrg pun takder susu sgt.anak aku taknak menyusu direct.sebab dah terbiasa dengan botol kot.so, aku la kena perah setiap kali.dalam 8 kali waktu makan tu, slalunya aku boleh supply 3 ke 4 botol je.skali minum, 90-110ml. tu kalau 8 kali minum.kalau lebih, lagi banyak la susu formula masuk ke badan anak aku.kalau boleh, di usia dia yang baru masuk 34 hari ni, aku nak provide sebanyak mungkin khasiat susu badan terutamanya antibodi.

sekarang ni alhamdulillah, dah rasa sihat sikit.and baru sekarang aku terhegeh-hegeh nak mengejar demand.aku target, at least aku boleh supply 5 botol ke atas stiap hari.

kan senang kalau boleh direct feeding je.boleh jugak start buat stok.tapi yang keperluan semasa pun tak mampu nak kejar, apatah lagi stok EBM..puiii

eh,positip..positip...

Monday, February 4, 2013

kelahiran seorang buah hati

Assalamualaikum..

Akhirnya..ada jugak masa untuk aku coretkan sesuatu pasal kelahiran MY BABY BOO.. Banyak mesej2 kat fb and enset yang aku tak sempat nak reply satu-satu.Apa-apa pun, thank bebanyak y'all.Memang kebanyakan mesej, laki aku yang baca dulu.haha so aku tak perasan sangat.

untuk kenangan aku and panduan untuk bakal-bakal mummy out there, harap2 post ni ada la manfaat jugak iyer dok??bukan nak menakutkan..tak menakutkan pun ekceli..ewwah..haha

aku sebenarnya dijangka melahirkan baby on 14 februari 13.kalau ikut tarikh arini pun sepatutnya aku ada lagi sepuluh hari nak pegang title mak buyung.hehe..tapi aku memang dah tak larat dah pun nak mengandung lama-lama.penatnya asyik ulang-alik ke toilet, pulak tu kerja aku ni kalau tak bergerak masuk ke production line, memang tak setel la keja jawabnya.keja aku kat ofis tu bukannya jenis yang ko duduk mengadap pc sepanjang hari.so bila dah sampai ke hari-hari terakhir pregnancy ni, aku doa supaya aku bersalin cepat-cepat.apa-apa pun, laki aku still pesan, kalau cepat pun, biarlah dalam keadaan selamat.so, aku just doa kalau bersalin awal tu terbaik bagi aku, bagi laaaa aku bersalin awal.hahaha

aku dah mintak surat dari klinik kesihatan untuk balik 2 mnggu awal dari due date.so dokter pun dah bagi surat,and boss pun dah approved, aku sepatutnya balik kampung 1 februari la.tapi sebab aritu ofis aku amik cuti maulidurrasul sambung dengan thaipussam, so aku ada chance la nak balik kampung jap dari 24 jan sampai 28 jan.konon sebab nak hantar kucing-kucing aku balik kampung dulu.bukan apa.sepatutnya dari 29 jan sampai 1 feb tu aku kena keja lagi..pastu baru start cuti..dibuatnya aku beranak awal, takkan nanti nak travel balik kampung dengan tengah tahan sakitnya, dengan kucing bergulung-gulung dalam kereta.sangat tak selesa.tambah-tambah dalam keadaan baby yang belum kuat antibodi whatsoever tu.

lima ari aku bercuti kat kulim, memang aku tak rasa langsung aku ada tanda-tanda nak bersalin.memang ramai yang tegur perut aku dah turun, and orang tua cakap anak lelaki ni selalunya keluar awal dua tiga minggu.ntah.. tapi aku tak rasa baby menurun ke bawah macam orang -orang tua explain tu.diorang cakap, kalau baby dah engaged dah dekat bawah tu, even time duduk pun boleh rasa baby kat bawah.tapi aku memang tak terasa macam tu punnnnn..

27 Jan (Ahad)-sepanjang malam
Aku asyik ulang-alik nak terkencing jer.serius memang penat. time ni memang aku dah pakai pad dah.bukan apa,. sebab risau kalau-kalau air ketuban keluar.tapi sebab slalu tukar, so pad aku abis...aku pakai panty liner je malam tu.malam ni rasa tak happy sangat.sebab tau sok hari isnin dah kena bertolak balik ke selangor pasal selasa kena keja.siang tu aku rasa mcam nak potong lagi rambut kasi kemas lagi.Pastu malam tu pun rasa macam nak mandi  lama-lama kasi wangi sikit.haha.Bila terkenangkan wajah-wajah rakan sekerja aku, aku rasa macam sayup sangat.macam aku takkan jumpak diorang untuk tempoh yang lama.tapi bila pikir-pikir balik, takkan la kot. Aku kan kena balik keja selasa tu.apa yang tak berjumpa nyer..

28 Jan (Isnin)
3.00 am
Aku bangun pegi toilet lagi untuk ke sekian kali...Then sambung tido balik.Tak lama pastu aku terjaga lagi. Tapi kali ni rasa macam underwear aku basah. Aku ingatkan mungkin sebab banyak kali pegi toilet, itu underwear pun sudah basah la.. hehe

4.30 am
Aku celik mata. Serentak dengan tu, ada cecair laju jer keluar. Aku rasa, 'dah sudah.. terkencing dalam seluar la nii..'..haihh..

Bangun dari katil, terus pegi toilet laju-laju.tapi air tu keluar lagi 4-5 kali.Aku dah risau dah.Takkan air ketuban kot.Dalam bilik air, aku dah membebel-bebel tenangkan diri.
Aku tak gtau sapa-sapa pun time tu.Abang ipar aku tengah berjaga kat ruang tamu duk siapkan keja ofis dia.kakak aku plak bangun layan baby dia.laki aku?mengeruh dalam bilik.

Pastu aku kejutkan laki aku."Abang, please guide ayang.Ni air apa ni?". Sambil tayang 'khazanah' berharga kat dia.Terus dia bangun.Pastu cakap, air ketuban.terus aku sembam muka kat katil sambil nangis-nangis.panik punya pasal.walaupun aku nak sangat jumpak anak aku, tapi aku tak dapat bayangkan apa kesakitan yang aku kena lalui pasni.Takut seyhh..

Terus kitorg angkat beg yang kitorg dah siapkan. Pastu keluar.Abang ipar aku boleh ingat kitorg nak balik Selangor pagi tu jugak.haha.

Dalam keta, laki aku duk pikir nak hantar aku ke Hospital Kulim yang jaraknya cuma 3 km dari rumah aku, or nak hantar kat satu private kat Sg Petani yang mungkin amik masa 45 minit perjalanan.Aku cakap mana-mana pun takpe sebab aku tak rasa sakit langsung. Tapi bila kol klinik tu, takder orang angkat. kamon la..kat kulim ni, apa sangat private hospital yang ada..aku cakap kat laki aku, mungkin ni petanda yang aku patut pegi Hospital Kulim jer.

5.00 am
Sampai je kat bahagian kecemasan, MA kat situ sorong aku atas wilcha.Rasa macam klako pun ada dengan tak sakit apa-apa pun tapi naik wilcha.Haha..Masa ni MA tu dah baca kat buku merah aku yang husband aku HO kat Sg Buloh.

5.30 am
 First time aku kena seluk.Rupanya acara seluk menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan ni bukan saja-saja punya seluk.Dia punya jari dah sampai limit pun dia still nak tojoh-tojoh lagi.Bukaan tu bukan bukaan vagina yer.Tapi bukaan serviks.So memang dalam dia tolak.Tapi time ni aku punya bukaan 1cm jer. Dengan takder sakit nyer.Patutnya tak payah admit.Tapi sebab rules diorang kot, mana-mana patient yang datang waktu malam, kena admit jugak ke ward, so aku pun admitted to ward antenatal(wad 9).

7.15 am
Before diorang tolak aku ke ward, datang seorang lagi HO india datang check.Adela diorang buat CTG semua.Time ni aku ngadu sakit datang dah 5 kali sejak pukul 6.30am. So dia seluk lagi, tapi sebab dia tak kompem, dia suruh seorang sister ni check.sister ni seluk mak aii kasar bebenor.Terangkat bontot aku.Pastu marah-marah suruh aku turunkan bontot sebab jari dia tersangkut.Dengan loghat kelantan nyer, duk sound-sound aku suruh bagi kerjasama.Aku tengah bagi kerjasama la ni! Sakit dowh..Time ni aku dah nangis. Rasa macam kena rogol ko tau tak??Kesimpulannya, tenangkan diri time kena seluk (Vaginal Examination, VE ) and jangan angkat bontot.

Tiba-tiba datang sorang nurse pelatih kot (yang ada appoulette merah hati kat bahu tu) bagi enset yg husband aku kirim.Pastu masa laki aku kol aku nangis macam budak kecik, ngadu kat dia. Sayu sangat aku rasa time tu.Sebab ni la aku naaaaakk sangat bersalin kat private. Aku nak laki aku ada sepanjang masa.Sebab tu je pun.Sister kelantan tu tanya aku nak masuk bilik ke nak masuk ward biasa. Dia cakap aku layak dapat kelas 1 sebab laki aku la.Aku ckp nak.So tunjuk surat semua, masuk la ward.





Bilik dia not bad la.Sebab time tu aku sorang-sorang je kat dalam tu.So laki aku boleh masuk sepanjang masa.Masa ni semua orang pun tau laki aku pun medical person, so diorang takde hal sangat kalau dia masuk. Siap dia tolong ajar-ajar lagi budak praktikal medic yang datang check aku.Time ni sakit aku just macam period pain jer so aku boleh la nak layan-layan lagi  orang jadikan aku bahan ujikaji...

11.45 am.
Mak mertua kakak aku and husband dia datang melawat aku.Alang-alang diorang baru balik dari pejabat pendaftaran uruskan MyKid anak diorang so diorang singgah la jap. Borak je sepanjang masa. Sekali skala bila sakit tu datang, aku terdiam la kejap. Sakit macam period pain. Sungguh tak tipu.  sakit selang 9 minit pastu 7 minit pastu 9 minit pastu 7 minit.So tak konsisten lagi.MIL kakak aku cakap, sakit nak bersalin ni sakit yang tak dapat diexplain. Tapi aku cakap dalam hati, 'eleh, rasa macam period pain jer. Explainable la tu'. ewwah..kerek.

12.30 pm 
Parents aku datang seludup laksa
kg Dusun sebab aku memang mintak mak aku buat laksa sempena wedding anniversary aku yang pertama. oo ya, lupa nak cakap.Ari aku nak bersalin tu memang wedding anni aku pun..So daripada aku kempunan, dapat la jugak merasa.

Sepanjang petang tu,banyak kali gak la aku salin pad. darah dah start keluar. And setiap kali sakit, aku pause jap dari bersembang.Tapi makan tetap makan.Bila sakit aku stop makan. Bila tak sakit, aku sambung makan balik.

2.00 pm
Seorang kakak check in masuk bilik aku. Sebab dh turun darah. Berbeza dengan aku, dia tak sakit langsung.Even sampai ke petang tu dia releks je sembang melepak dengan anak-anak and suami dia.Yang aku tau, dia cikgu and ni anak dia yang kelima. Muda lagi akak tu.

4.30 pm
Ada sorang nurse masuk nak buat apa ntah dalam bilik.Pastu nampak aku ngerang-ngerang sakit. Dia suruh aku datang ke bilik pemeriksaan untuk check bukaan. Kena seluk lagi. Tapi dia tak boleh bagi jawapan pasal aku tak bagi kerjasama. Belum apa-apa aku dah nanges. Seriously aku memang lemah semangat dah time ni.

6.30 pm
Sakit datang every 5 minit.Sakit sangat. Memang setiap kali sakit, aku mesti nangis. So korang bayangkan la sakitnya macam mana. memang terbaekkk~

Seorang HO cun datang check pulak. Laki aku tanya apa prosedur kat hospital ntuk bolehkan aku kena operate. Sebab hospital tak operate saja-saja yer.kena ada reason. Dia cakap kalau dah 4 kali induced still takder progress, baru dia akan operate. Maknanya mungkin lagi 2, 3  hari aku kena tunggu.Tak mungkin aku sanggup weyh..Tapi tu pun kalau still takder progress.HO tu buat lagi VE and cakap macam dah 3cm. Tapi dia tak pasti.Laki aku pun buat jugak VE ni kat aku sebab aku cakap aku takut orang lain buat kasar sangat.

Laki aku dah keluar masuk dah cari MO on call.Sebab kitorg plan nak check out dari hospital and pegi kat mana-mana private. Aku punya request, aku nak dipengsankan and the next thing i know, aku dah ada baby. Punya la tak sanggup nak tahan sakit.Tapi plan tak semudah tu nak dilaksanakan.MO yang boleh bagi kebenaran tu busy dengan macam-macam jenis operation.So tak sempat nak attend request kitorang. Aku punya bengang time ni toksah cakap la.Aku siap  jerit-jerit lagi cakap bukan dia nak tolong aku bersalin so jangan nak lewat-lewatkan aku.

Pastu masuk sorang nurse datang check aku.Bukaan aku takder progress. Still 1cm. Aku dah mental dah. Pasal sakit dah sepanjang hari. Takkan takder progress.Macam nak tercabut pinggang aku time tu. Memang dah down sangat. Terbayang-bayang aku bakal kena seluk lagi.Serius aku cuak bila kena seluk.Aku memang ngaku kat semua orang aku takut kena seluk.

Last skali baru lah MO busy tu datang kat aku. Dia terangkan semua risiko yang aku bakal tanggung kalau aku berkeras gak nak tingalkan hospital. Dia cakap bukaan aku dah 4cm so dia tak suggest aku travel lagi sebab mungkin progress boleh jadi lebih cepat. So dia tanya aku nak stay ke keluar (AOR).Aku cakap aku stay.Aku just nak pengsan sebab point nyer skrg aku tak tahan dah sakit tu.Dia cakap sakit bersalin ni mana ada yang tak sakit. ' This is labour pain, not labour pleasure'.All that she can give is just Entenox untuk kurangkan sakit.

Entah kali ke brapa aku sakit contraction, tiba2 kat cik mimi aku ada bunyi 'pop'. Pastu keluar air  macam pagi tadi yang lagi banyak.Terus aku ngadu kat mak aku depan-depan nuse and MO tu.So diorang immedately tolak aku atas wilcha menuju dewan bersalin..Laju giler nurse tu tolak.Masa ni nafas aku macam orang tergagap-gagap nak bercakap.panik sangat and memang tak boleh control dah dia punya sakit.

Kat sini laki aku still teman aku. Orang kat hospital semua dah aware dengan kewujudan laki aku yang penyibuk tu haha. Diorang baringkan aku, tukar baju aku(kaler putih pastu sebelah bahu terdedah) and bagi gas antenox tu untuk aku sedut. Mula-mula aku pegang sendiri getah tu. Tapi main dengan sakit ni, mana ko boleh tahan lagi tekap gas tu kat mulut. Silap hari bulan, dengan benda tu aku belasah sorang-sorang. Huduh btul perangai aku bila tengah sakit ni.

So laki aku tolong pegangkan gas tu.Everytime rasa sakit, sedut kat hidung, lepas kat mulut. Aku sedut dengan rakusnya, sampai bunyi macam aku tengah berdengkur. Senang cerita, bila sakit tu datang, ko gantikan jeritan dengan menyedut gas.Buat berulang kali sampai kepala rasa ringan. Semua benda macam lagging. Bila orang tepuk ko, bunyi tepuk tu dah dengar, tapi rasa sakit kena tepuk tu baru sampai. Paham tak perasaan tu?Ringan sangat.Untuk salurkan sakit tu, aku gerak-gerak kaki, and toleh kepala kiri-kanan tak henti-henti. Sampai rasa terbuai-buai. Aku rasa macam pain tu macam awan-gemawan, and aku tengah melompat dengan girangnya dari satu awan ke awan yang lain. Sedar tak sedar, aku tersenyum hepi.Siap rasa macam nak tergelak Entenox ni laughing gas kan??Aku sedar, cuma tak rasa sangat sakit. tapi sebenarnya ko tengah sakit.Aku dengar sebijik sebijik apa yang laki aku bualkan dengan nurse pelatih india tu.haha..Tapi hujung-hujung tu, sakit aku bertukar jadi rasa macam nak meneran. So tetiba aku dah meneran-neran.

Aku memang dah tak tahu jam dah pukul brapa time tu.Tiba-tiba diorang tarik aku ke bawah, lipat katil tu jadi macam tebing bukit (ntah apa-apa la aku explain ni), gantung kaki aku and suruh aku pegang dua rod besi.Macam handle la. Ko tak payah push yourself too much sebab memang automatik ko rasa macam ko patut teran. Tu jer cara nak selesakan diri.

Sakit tu macam perut ko memulas-mulas nak ceceret beberet. Tapi tahik cirit ko tak payah teran pun dia meluncur keluar. Yang bersalin ni plak, gabungan perut memulas-mulat nak cirit dengan sakit nak keluarkan tahik sembelit. Haa....

Banyak kali aku kena marah sebab menjerit. Sebab boleh ilangkan tenaga. Aku pun setuju benda tu. Menjerit memang memenatkan and actually you can do better without menjerit. Tapi bila teranan tu tak berakhir dengan pengeluaran baby jugak, memang aku akan end up menjerit jugak la. Menjerit sebab penat.

Aku marah nurse yang urut-urut perut aku nak tolak baby keluar (haha bodo tak aku??)
Aku marah laki aku sebab asyik suruh aku focus..(haha bodo lagi.)
Last-last MO tu marah aku balik, cakap things will not settle dengan marah-marah orang.
huhu.Dia amik tangan aku and suruh aku raba sendiri kat cik mimi aku and rasa sendiri rambut anak aku.

Aku dapat rasa MO tu potong cik mimi aku.(episiotomy). Rasa macam kena cakar dengan kucing jer. Sebab ko ada bius kot. Pastu ko on gas lagi. Pastu sakit bersalin tu mengatasi segala kesakitan yang ada.

Ak dengar MO tu cakap kat laki aku yang dia terpaksa lakukan sesuatu untuk tolong aku. Sebab aku dah tak larat dan low effort.Aku rasa dia sedut kepala baby aku.Sebab lepas tu teranan aku yang last gedeboook mengeluarkan seseorang.hahaha

Terasa macam ada sesuatu yang tergantung-gantung. Aku ingatkan tahik. Tapi rasanya tu adalah  kulit aku sendiri yang dah dipotong.

Diorang letak baby aku atas perut suruh aku pegang. Masa ni aku dah panggil-panggil anak aku. Aku lega tapi penat. Aku nampak diorang masukkan tiub dalam mulut anak aku and sedut lendir-lendir semua keluar. Anak aku tersedak pastu nangis. Indah sangat perasaan tu.





MO tu cakap dia akan mulakan jahitan. Aku angguk jer. Dia tnya sakit tak? Aku angguk sambil senyum. Penangan gas tu memang power. Haha.. Pastu sedar tak sedar, aku ucap terima kasih kat MO tu sebab tolong aku. Aku tau walaupun dia banyak marah aku, tapi tu sebab dia nak tolong. Aku dengar dia cakap 'It's OK'.Pastu husband aku and makcik-makcik nurse gelak ramai-ramai. Low betul pertimbangan aku time tu. Apa yang terlintas, aku buat jer.

Nurse-nurse pelatih tukarkan baju aku kepada baju ward balik(pink).pastu pindahkan aku ke katil lain yang boleh sorong-sorong tu.Diorang biarkan kesan gas tu abis dulu.Badan aku time ni still tak habis-habis terangkat-angkat melentik-lentik lagi. Kesan contaction yang melampau kot. Serius aku takleh cntrol.

Aku terdengar suara laki aku azankan baby kitorang.
Baby aku lahir kul 10.10pm =D



Pastu laki aku datang kat aku.Dia cakap thanks for giving him a baby and i am now a complete woman.Complete la sangat kan dengan terjerit-jerit macam tarzan kat dalam labour room tu.haha.

2 hari aku kena tahan kat hospital.sekarang ni idup aku dikelilingi ubat-ubatan, pastu ketakutan everytime nak kencing and berak.kaki aku still lemah bila berjalan. and setiap masa aku berlumba dengan masa nak menghasilkan susu untuk anak aku minum.

=)))))








Monday, January 14, 2013

persiapan barang baby

ok..bab persiapan barang baby,memang aku paling eksaited.tapi eksaited meninjau jela..belinya idok juger..

list barang-barang, aku dapat dari member ofis aku..so aku forward kat kakak aku skali.






ok..ni bilik yang aku dah khaskan untuk baby aku..walaupun sebenarnya aku rasa awal-awal kelahiran nnti mungkin aku tak guna sangat bilik ni..tambah2 lagi aku nak balik kedah berpantang kat sana plak..so..takper la..jadi tempat letak barang baby lah dulu.at least senang aku nak control tahap kebersihan.kucing-kucing aku memang diharamkan jejak kaki dalam bilik ni..sekarang ni aku target nak beli baby watch..tp nak dapat free pun boleh jugak kalau cukup sudu plastik yang kita dapat bila beli anmum materna tu..huhu..tp aku baru ada 4 bijik susu..tak cukup lagi 3..



ni dua bijik beg yang aku dah kemaskan untuk dibawak ke hospistol.satu beg baju aku and baby..satu lagi set breast pump.aku beli medela swing tu pun after survey-survey.breastpump ni gunanya kalau after bersalin nanti aku tak reti sangat nak express susu pakai tangan, ada jugak gunanya menda alah ni..and yes, aku niatkan supaya aku boleh fully breastfeed anak aku..in shaa Allah moga-moga dipermudahkan..

dalam beg besar tu aku letak:

1.kain batik
2.baju butang depan
3.stokin ( aku cilok asben aku punya)
4.nursing bra and nursing pad(washable)
5.towel aku (kecik sudah)
6.maternity pad.
7.toiletries and selipar(ni tak bubuh lg)
8.underwear
9.nursing cover(aku guna pashmina shawl ajer) pasal aku taknak jadi tontonan umum nnt..tensen..  =)

10.6 ketul pampers baby (newborn size)
11.barut tali
12.minyak yuyi
13.towel baby and balut2 yang ada hoodie tu.
14.baju baby, mitten n booties(1 set jer)
15.set mandi baby( tapi aku bawak lotion and shower jer, shampoo and talc tinggal umah dulu)
16.baby wipes

dalam beg kecik plak:
1.breast pump
2.ice pack..kot2 la..walaupun aku pun x tau ntah2 x guna pun setakat sehari dua jer kat hospistol tu.
3.bottle susu (yg satu set ngan pump medela).aku beli dua botol kecik Avent tp untuk bawak ke hospistol, rasanya botol medela pun dah cukup kot..

hmm rasanya tu jer kot..




ni plak bath tub yang aku nak tinggalkan kat umah dulu.dalam ni adelah botol susu 2 bijik, nursing bra, ice pack, changing mat, diapers, nursing pad, toiletries anak aku,pastik susu EBM, nail clipper,diapers rash cream, sikat rambut jenis berus tu..ntah apa2 lagi la..pil Asi untuk banyakkan susu pun aku dah beli siap2.


hamper ni...abang aku yang bagi..sama sebijik macam yang dia bagi kat kakak aku.cuma kaler jer lain-lain.hehe..


ni tilam kekabu yang parents aku sediakan untuk bakal cucu.lembut jer..rasa macam aku plak yang nak tido sini..kompem taknak bangun.
set bersalin pun mak aku dah belikan untuk aku..maybe nak be fair antara aku and kakak aku kot..so..jimat duit ahkak dik non..ngeee~


ekceli bilik baby ni share toilet ngan bilik adik perempuan aku.so sementara bilik ni still x digunakan, memang aku suruh adik aku kunci jer bilik air tu dari arah sana.senang.untuk keselesaan dia gak..tapi once bilik ni dah digunakan,ofkos toilet ni pu akan berfungsi jugak lah kat sebelah sini.so kena stat kunci toilet dari arah bilik adik aku jugak la pasni.

aku cadang-cadang nk letak satu fridge kecik dlm bilik ni..untuk simpan simpan susu aku.sebab tu la aku doa sangat supaya adelah rezeki untuk anak aku.arap2 aku takder masalah pengeluaran susu.yela, lain orang lain dugaannya.tengok kakak aku dulu time pregnant banyak sangat dugaan dia.sikit bleeding, jap jap lagi bleeding plak.tiba husband plak tak sihat.masuk spital la, apa la..tapi time nak bersalin,.mudahh jer..baru dua minggu lepas dia bersalin.padahal beza jarak kitorg 4 minggu.mmg dia awal dua minggu dr tarikh sepatutnya.

masa tu aku balik kulim jap sebab nak jemput KERETA BARUUU..wahahaha gelak keji..
tiba2 ari yang aku balik sehari tula kakak aku tiba2 sakit perut.kitorang ingat mengeras biasa-biasa je sebab kakak aku ni suka propa sket..hahaha.tunggu jugak kot2 ada air ketuban kuar ker,xder plak.xkan la nak suruh asben aku gi seluk kakak aku pulak kot..aku pulak yang malu hoii..

so just bawak gi hospital kulim.tengok bukaan dah 8cm!
hamek kauu..kalah orang yang dah berejam2 masuk wad tapi bukaan baru 2 cm.pastu2 tunggu2 jap, abang  ipar aku dah kena panggil masuk dah..pastu 15 minit pastu, dia keluar cakap semua dah selesai.ehh cepatnyaaa..masuk 1.45pm,baby lahir 3.45 pm..and kitorang totally x jangka kakak aku akan bersalin dah.

sekarang ni tengok dia jaga baby senang jer..takder meragam pun..susu pun cepat jer kuar..tu cara-cara pakai pump biasa jer..tp sebab pump tu macam mainan sangat,so aku ajak mak aku kuar beli pump baru untuk kakak aku..ofkos mak aku bayar..haha..beli medela jugak..tp yang manual..harmony kot kalau tak silap.

yang aku ni, dah beli pump elektrik bagai..arap-arap la ada rezeki..kita taktau, kadang-kadang kita senang jer time ngandung, tak sakit tak apa, alih2 dugaan datang kat tempat lain..mintak dijauhkan dari benda-benda yang tak elok..apa-apa dosa aku, janganlah anak aku yang tanggung....Amin..



ok sambung balik..melalut sudaa..
yang kat atas ni bekas comel yang aku beli kat Planet Popcorn.sebenarnya dapat kalau beli 6 pek popcorn tapi aku mintak nak beli kotak jer..so asben aku pun ikutkan jela..

beli sampai dua bijik (ala sebijik pun rm5 jer) tapi taktau nak letak apa.aku letak baju baby jela..

oh yeah..sebenarnya dalam banyak-banyak benda, yang paling aku tak beli adelah baju baby.percaya tak aku cuma ada set yang ada 3 rompers tu..pastu baju yang ada dalam hamper abang aku bagi tu.tu jer.sebab aku cerewet sikit.kalau boleh nk beli lasttttt skali.tapi tula..gaji pun tinggal sekali jer lagi before due ni..macamkan banyak sangat duhitt..puii

ok dah..tak larat taip dah..laki aku pun dah otw balik umah.dengan burger yang aku pesan..so lenkali aku sambung lg yer..tu pun kalau rajin...


Sunday, January 13, 2013

sakit-sakit pun, demi kamu jugak wahai anakku..muahhh

antara penderitaan yang aku rasa sepanjang ngandung ni adelah..

1.sakit belakang sepanjang masa.
yang ni memang  tak terhingga.kadang-kadang rasa macam nak nages pun ada.kat ofis, bila dah sakit sangat.aku masuk surau..landing...tapi masalah kedua plak menimpa..

2. ....which is sakit montot.ni memang sejak awal pregnancy lagi sampai skrg.sorang tukang urut ni cakap, aku sakit montot ni sebab duduk terlampau lama..so aku ingat maybe la sebab slama ni aku drive pegi balik keja jauh sangat, so asyik duduk jer spnjng jalan( ofkos la duduk time drive..manada org drive sambil berdiri), tu yang sakit tu..tp now ni sejak pndah umah baru yang jarak perjalanan tak sampai 3 minit pun, aku still rasa sakit gak..sakit yang macam sendi kat punggung ko tu jammed.ko tak boleh nak rotate atas paksi punggung sesuka hati..hazab sangat..series mak rasa macam orang tua noks..

3.air pedas yang slalu melimpah kat throat ni..aduyai..mcm nak terbakar jantung, hati and paru-paru aku.haha..senang cakap heartburn la.slalunya jadi pas aku makan la.katenyer takleh makan makanan bergoreng..tapi aku rasa, semua benda yang aku makan pun jadik gak masalah ni..abes..takkan tak makan langsung.tak sangguppppp.

4.Alhamdulillah, aku tak mengalami pun alahan or muntah-muntah sepanjang ngandung ni..kalau ada pun everytime gosok gigi and minum air masak.tapi bila aku tak datang keja, alasan yang aku slalu bagi, muntah-muntah la..haha..kojaq nyer aku..aku rasa makcik2 kat tempat keja aku ni berbulu jer tengok aku punya perangai..mesti sorang-sorang ngata aku.tapi lantak..jangan nak cakap masa time diorang pegnen dulu diorg tiptop jer x buat perangai.sekurang-kurangnya aku tak datang aku yang rugi.tapi bila datang, aku buat keja betul2.tak macam makcik2 yang suka berkumpul kat surau pastu borakkkkkkkk jer.. choiii

sekarang ni aku tengah mempertimbangkan,kat mana aku nak bersalin.aritu iyo2 jer post pasal pusat bersalin barakah tu.tapi bila baca punya baca....ramai yang tak suggest first baby deliver kat kedai shoplot yang kalau ada komplikasi,last2 diorang kan post balik ke hospital gomen terdekat..taknak ahh..

so sekarang ni, aku ada beberapa calon.swata or gomen bergantung kepada time bersalin tu dah gaji ke belum..hahaha boley??

ikut plan asal.aku bersalin kat selangor, pantang pun kat selangor..sebab aku cepat down kalau tak nampak laki aku..(apekejadah weyhh).

even adik aku pun mak aku dah post kat aku ah suruh aku teman kat cni.at least time laki aku onkol, ade jugak peneman.sekrang ni idup aku lebih ceria..sejak adik aku ada cni, baru skali kot aku basuh and jemur baju sendiri..skrg ni ari-ari adik aku jemur baju, ,utip siap lipat lagi, tolong masak untuk aku..wahaha ada sarapan, makan tengahari, malam..macam tesco la..membantu anda berjimat! tak payah makan luar dah. dulu balik2 keja penat2 sampai2 umah dah malam..memang kedai la jawabnya..kini tidak lagi..yeahh..

at least bila aku balik lewat sebab OT ke nak siapkan keja ker, takde la aku risau sangat kucing aku tu kebosanan takde orang nak teman.adik aku dah ada.siap dengan kucing dia dari kedah pun dia hangkut bela kat cni..haha..

ok..pegi tolet sat..derita btol sikit-sikit nak terkencing...nak ajer aku ikat baldi kat underwear ni senang main sembur-sembur je..

posting ke laut lagi..



ekceli malam ni aku frust sebab takleh ikut laki aku kuar tengok bola.MU lawan katanya..arghh..blasah ;a saper lawan pun..macam la aku peduli sangat.aku cuma pedulinak kuar makan jer..tak tengok bola pun untung-untung dpt gak makan burger tepi jalan ker..

sejak awal-awal mengandung dulu, dua benda yang aku tak jemu-jemu ulang makan adelah burger jalanan and ABC.haa..satu lagi goreng pisang..tapi goreng pisang ni macam dah tak brapa craving sangat dah skrg ni..ABC and burger ni jer..x surut-surut nafsu makan tu.

sekarang ni aku baru 35 weeks ++ kot..rasanya la..sebab aku ni macam slalu lost count sikit..dulu masa ada roda impian yang boleh pusing2 tengok EDD suma tu, senang je aku menjawab bila ada orang tanya.now ni,setiap jawapan aku berakhir dengan kot...

so senang-senang, aku amek due date aku jela..14 Feb..in shaa Allah..
tp aku lebih mengharapkan anakku..segeralah keluar..

sebabnya;
1. aku dah tak larat dah berbentukmukabumikan kegemukan.melampau-lampau.asal check jer..mesti terlebih weight gain.asal check jer..terlebih berat..satu keja plak nak kena amek blood pressure setiap dua hari kat klinik ofis aku keja tu.

2.8hb smpai 14 hb feb ni company aku bg cuti CNY.tp team aku ni macam tak dapat jer nak bercuti..ada ura-ura kitorg kena jugak datang keja..maklumlah,bekerja dalam team yang terlibat dalam new line set up ni, bizi nyer tu lebih sket dari orang lain.so aku taknak keja time tu..aku nak cuti. maka anak aku, tolong la keluar awal sikit..boley?haha

3.aku lahir january.asben aku plak mac.tapi aku punya kapla ni kalau boleh semua aku nak bolot. so aku prefer anak aku jadi january baby jugak.hahahahahahaha

4.aku memang nak cuti..nak cuti..nak cuti..sebab aku punya motivation ni dah down..ko tiup la cmner pun..aku tak larat, memang aku tak larat lah..seriesly, sejak aku pegnen ni, aku rasa boss aku ni tahaaaannnn je ngan perangai aku.sukati tok nenek aku jer nak masuk lamabt la, half day la..cuti la..MC tipu-tipu la..checkup lama-lama la..ilang dua-tiga ari xder kabar berita la..macam mintak kena pecat pun ada..aku pun taktau ni pasal pembawakan budak ke apa.tapi diorang kena ingat, sebelum pegnen, aku la pekerja yg sanggup mengabaikan laki sendiri demi company terchenta..now aku dah boroi2, korang nak cari pasal ngan aku??hell noooo..

seriesly, aku pernah bebai ( buat perangai) nak berenti keja sampai laki aku pun taktau nak cakap apa dah.member-member pun jenuh memujuk..ayah aku siap kol bagi kaunselling kat aku lagi..duk ingatkan nape aku berubah sampai macam ni sedangkan dulu asal ada cuti sem break jer,,kompem aku la yang cacing kepanasan nak mencari keja.tak dapat  pegi keja, pegi training navy.janji duit masuk.

skrg ni ntah la..motivation low..tapi bila aku pikir-pikir balik, aku berdoa slama ni untuk diberi peluang keja macam orang lain, kenapa aku kena spoil everything just because i'm expecting a baby?sedangkan semua ni boleh je aku capai serentak.

so tula point-point aku kenapa aku naaakkk sgt bersalin awal.walaupun sebenarnya aku cuak gak..takut nanti nak bersalin susah, mula la orang selongkar satu-satu kesalahan aku kat laki aku la,,mak bapak aku la..huhu..mintak dijauhkan..sampai camtu skali aku pikir.huhu..

misi aku skarang ni, nak kurus macam dulu balik.tapi aku tak brani nak kawal skarang. takut nanti semangat aku datang berapi-api, aku tak sedar aku terkejam kat badan sendiri and baby plak.so kita bagi bersalin dulu.dah lama aku tak rasa mcm hot depan laki aku..hahaha..walaupun dia duk pujuk cakap makin tembam makin chomel (adekah?), aku tetap rasa macam aku ni kakak kepada dia setiap kali kuar sama2,dek kerana saiz badan supa peti sejuk ni.muahahaha

eh, ok dah..takder topik sebenarnya..nak mengarut jer..hehe