Monday, February 4, 2013

kelahiran seorang buah hati

Assalamualaikum..

Akhirnya..ada jugak masa untuk aku coretkan sesuatu pasal kelahiran MY BABY BOO.. Banyak mesej2 kat fb and enset yang aku tak sempat nak reply satu-satu.Apa-apa pun, thank bebanyak y'all.Memang kebanyakan mesej, laki aku yang baca dulu.haha so aku tak perasan sangat.

untuk kenangan aku and panduan untuk bakal-bakal mummy out there, harap2 post ni ada la manfaat jugak iyer dok??bukan nak menakutkan..tak menakutkan pun ekceli..ewwah..haha

aku sebenarnya dijangka melahirkan baby on 14 februari 13.kalau ikut tarikh arini pun sepatutnya aku ada lagi sepuluh hari nak pegang title mak buyung.hehe..tapi aku memang dah tak larat dah pun nak mengandung lama-lama.penatnya asyik ulang-alik ke toilet, pulak tu kerja aku ni kalau tak bergerak masuk ke production line, memang tak setel la keja jawabnya.keja aku kat ofis tu bukannya jenis yang ko duduk mengadap pc sepanjang hari.so bila dah sampai ke hari-hari terakhir pregnancy ni, aku doa supaya aku bersalin cepat-cepat.apa-apa pun, laki aku still pesan, kalau cepat pun, biarlah dalam keadaan selamat.so, aku just doa kalau bersalin awal tu terbaik bagi aku, bagi laaaa aku bersalin awal.hahaha

aku dah mintak surat dari klinik kesihatan untuk balik 2 mnggu awal dari due date.so dokter pun dah bagi surat,and boss pun dah approved, aku sepatutnya balik kampung 1 februari la.tapi sebab aritu ofis aku amik cuti maulidurrasul sambung dengan thaipussam, so aku ada chance la nak balik kampung jap dari 24 jan sampai 28 jan.konon sebab nak hantar kucing-kucing aku balik kampung dulu.bukan apa.sepatutnya dari 29 jan sampai 1 feb tu aku kena keja lagi..pastu baru start cuti..dibuatnya aku beranak awal, takkan nanti nak travel balik kampung dengan tengah tahan sakitnya, dengan kucing bergulung-gulung dalam kereta.sangat tak selesa.tambah-tambah dalam keadaan baby yang belum kuat antibodi whatsoever tu.

lima ari aku bercuti kat kulim, memang aku tak rasa langsung aku ada tanda-tanda nak bersalin.memang ramai yang tegur perut aku dah turun, and orang tua cakap anak lelaki ni selalunya keluar awal dua tiga minggu.ntah.. tapi aku tak rasa baby menurun ke bawah macam orang -orang tua explain tu.diorang cakap, kalau baby dah engaged dah dekat bawah tu, even time duduk pun boleh rasa baby kat bawah.tapi aku memang tak terasa macam tu punnnnn..

27 Jan (Ahad)-sepanjang malam
Aku asyik ulang-alik nak terkencing jer.serius memang penat. time ni memang aku dah pakai pad dah.bukan apa,. sebab risau kalau-kalau air ketuban keluar.tapi sebab slalu tukar, so pad aku abis...aku pakai panty liner je malam tu.malam ni rasa tak happy sangat.sebab tau sok hari isnin dah kena bertolak balik ke selangor pasal selasa kena keja.siang tu aku rasa mcam nak potong lagi rambut kasi kemas lagi.Pastu malam tu pun rasa macam nak mandi  lama-lama kasi wangi sikit.haha.Bila terkenangkan wajah-wajah rakan sekerja aku, aku rasa macam sayup sangat.macam aku takkan jumpak diorang untuk tempoh yang lama.tapi bila pikir-pikir balik, takkan la kot. Aku kan kena balik keja selasa tu.apa yang tak berjumpa nyer..

28 Jan (Isnin)
3.00 am
Aku bangun pegi toilet lagi untuk ke sekian kali...Then sambung tido balik.Tak lama pastu aku terjaga lagi. Tapi kali ni rasa macam underwear aku basah. Aku ingatkan mungkin sebab banyak kali pegi toilet, itu underwear pun sudah basah la.. hehe

4.30 am
Aku celik mata. Serentak dengan tu, ada cecair laju jer keluar. Aku rasa, 'dah sudah.. terkencing dalam seluar la nii..'..haihh..

Bangun dari katil, terus pegi toilet laju-laju.tapi air tu keluar lagi 4-5 kali.Aku dah risau dah.Takkan air ketuban kot.Dalam bilik air, aku dah membebel-bebel tenangkan diri.
Aku tak gtau sapa-sapa pun time tu.Abang ipar aku tengah berjaga kat ruang tamu duk siapkan keja ofis dia.kakak aku plak bangun layan baby dia.laki aku?mengeruh dalam bilik.

Pastu aku kejutkan laki aku."Abang, please guide ayang.Ni air apa ni?". Sambil tayang 'khazanah' berharga kat dia.Terus dia bangun.Pastu cakap, air ketuban.terus aku sembam muka kat katil sambil nangis-nangis.panik punya pasal.walaupun aku nak sangat jumpak anak aku, tapi aku tak dapat bayangkan apa kesakitan yang aku kena lalui pasni.Takut seyhh..

Terus kitorg angkat beg yang kitorg dah siapkan. Pastu keluar.Abang ipar aku boleh ingat kitorg nak balik Selangor pagi tu jugak.haha.

Dalam keta, laki aku duk pikir nak hantar aku ke Hospital Kulim yang jaraknya cuma 3 km dari rumah aku, or nak hantar kat satu private kat Sg Petani yang mungkin amik masa 45 minit perjalanan.Aku cakap mana-mana pun takpe sebab aku tak rasa sakit langsung. Tapi bila kol klinik tu, takder orang angkat. kamon la..kat kulim ni, apa sangat private hospital yang ada..aku cakap kat laki aku, mungkin ni petanda yang aku patut pegi Hospital Kulim jer.

5.00 am
Sampai je kat bahagian kecemasan, MA kat situ sorong aku atas wilcha.Rasa macam klako pun ada dengan tak sakit apa-apa pun tapi naik wilcha.Haha..Masa ni MA tu dah baca kat buku merah aku yang husband aku HO kat Sg Buloh.

5.30 am
 First time aku kena seluk.Rupanya acara seluk menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan ni bukan saja-saja punya seluk.Dia punya jari dah sampai limit pun dia still nak tojoh-tojoh lagi.Bukaan tu bukan bukaan vagina yer.Tapi bukaan serviks.So memang dalam dia tolak.Tapi time ni aku punya bukaan 1cm jer. Dengan takder sakit nyer.Patutnya tak payah admit.Tapi sebab rules diorang kot, mana-mana patient yang datang waktu malam, kena admit jugak ke ward, so aku pun admitted to ward antenatal(wad 9).

7.15 am
Before diorang tolak aku ke ward, datang seorang lagi HO india datang check.Adela diorang buat CTG semua.Time ni aku ngadu sakit datang dah 5 kali sejak pukul 6.30am. So dia seluk lagi, tapi sebab dia tak kompem, dia suruh seorang sister ni check.sister ni seluk mak aii kasar bebenor.Terangkat bontot aku.Pastu marah-marah suruh aku turunkan bontot sebab jari dia tersangkut.Dengan loghat kelantan nyer, duk sound-sound aku suruh bagi kerjasama.Aku tengah bagi kerjasama la ni! Sakit dowh..Time ni aku dah nangis. Rasa macam kena rogol ko tau tak??Kesimpulannya, tenangkan diri time kena seluk (Vaginal Examination, VE ) and jangan angkat bontot.

Tiba-tiba datang sorang nurse pelatih kot (yang ada appoulette merah hati kat bahu tu) bagi enset yg husband aku kirim.Pastu masa laki aku kol aku nangis macam budak kecik, ngadu kat dia. Sayu sangat aku rasa time tu.Sebab ni la aku naaaaakk sangat bersalin kat private. Aku nak laki aku ada sepanjang masa.Sebab tu je pun.Sister kelantan tu tanya aku nak masuk bilik ke nak masuk ward biasa. Dia cakap aku layak dapat kelas 1 sebab laki aku la.Aku ckp nak.So tunjuk surat semua, masuk la ward.





Bilik dia not bad la.Sebab time tu aku sorang-sorang je kat dalam tu.So laki aku boleh masuk sepanjang masa.Masa ni semua orang pun tau laki aku pun medical person, so diorang takde hal sangat kalau dia masuk. Siap dia tolong ajar-ajar lagi budak praktikal medic yang datang check aku.Time ni sakit aku just macam period pain jer so aku boleh la nak layan-layan lagi  orang jadikan aku bahan ujikaji...

11.45 am.
Mak mertua kakak aku and husband dia datang melawat aku.Alang-alang diorang baru balik dari pejabat pendaftaran uruskan MyKid anak diorang so diorang singgah la jap. Borak je sepanjang masa. Sekali skala bila sakit tu datang, aku terdiam la kejap. Sakit macam period pain. Sungguh tak tipu.  sakit selang 9 minit pastu 7 minit pastu 9 minit pastu 7 minit.So tak konsisten lagi.MIL kakak aku cakap, sakit nak bersalin ni sakit yang tak dapat diexplain. Tapi aku cakap dalam hati, 'eleh, rasa macam period pain jer. Explainable la tu'. ewwah..kerek.

12.30 pm 
Parents aku datang seludup laksa
kg Dusun sebab aku memang mintak mak aku buat laksa sempena wedding anniversary aku yang pertama. oo ya, lupa nak cakap.Ari aku nak bersalin tu memang wedding anni aku pun..So daripada aku kempunan, dapat la jugak merasa.

Sepanjang petang tu,banyak kali gak la aku salin pad. darah dah start keluar. And setiap kali sakit, aku pause jap dari bersembang.Tapi makan tetap makan.Bila sakit aku stop makan. Bila tak sakit, aku sambung makan balik.

2.00 pm
Seorang kakak check in masuk bilik aku. Sebab dh turun darah. Berbeza dengan aku, dia tak sakit langsung.Even sampai ke petang tu dia releks je sembang melepak dengan anak-anak and suami dia.Yang aku tau, dia cikgu and ni anak dia yang kelima. Muda lagi akak tu.

4.30 pm
Ada sorang nurse masuk nak buat apa ntah dalam bilik.Pastu nampak aku ngerang-ngerang sakit. Dia suruh aku datang ke bilik pemeriksaan untuk check bukaan. Kena seluk lagi. Tapi dia tak boleh bagi jawapan pasal aku tak bagi kerjasama. Belum apa-apa aku dah nanges. Seriously aku memang lemah semangat dah time ni.

6.30 pm
Sakit datang every 5 minit.Sakit sangat. Memang setiap kali sakit, aku mesti nangis. So korang bayangkan la sakitnya macam mana. memang terbaekkk~

Seorang HO cun datang check pulak. Laki aku tanya apa prosedur kat hospital ntuk bolehkan aku kena operate. Sebab hospital tak operate saja-saja yer.kena ada reason. Dia cakap kalau dah 4 kali induced still takder progress, baru dia akan operate. Maknanya mungkin lagi 2, 3  hari aku kena tunggu.Tak mungkin aku sanggup weyh..Tapi tu pun kalau still takder progress.HO tu buat lagi VE and cakap macam dah 3cm. Tapi dia tak pasti.Laki aku pun buat jugak VE ni kat aku sebab aku cakap aku takut orang lain buat kasar sangat.

Laki aku dah keluar masuk dah cari MO on call.Sebab kitorg plan nak check out dari hospital and pegi kat mana-mana private. Aku punya request, aku nak dipengsankan and the next thing i know, aku dah ada baby. Punya la tak sanggup nak tahan sakit.Tapi plan tak semudah tu nak dilaksanakan.MO yang boleh bagi kebenaran tu busy dengan macam-macam jenis operation.So tak sempat nak attend request kitorang. Aku punya bengang time ni toksah cakap la.Aku siap  jerit-jerit lagi cakap bukan dia nak tolong aku bersalin so jangan nak lewat-lewatkan aku.

Pastu masuk sorang nurse datang check aku.Bukaan aku takder progress. Still 1cm. Aku dah mental dah. Pasal sakit dah sepanjang hari. Takkan takder progress.Macam nak tercabut pinggang aku time tu. Memang dah down sangat. Terbayang-bayang aku bakal kena seluk lagi.Serius aku cuak bila kena seluk.Aku memang ngaku kat semua orang aku takut kena seluk.

Last skali baru lah MO busy tu datang kat aku. Dia terangkan semua risiko yang aku bakal tanggung kalau aku berkeras gak nak tingalkan hospital. Dia cakap bukaan aku dah 4cm so dia tak suggest aku travel lagi sebab mungkin progress boleh jadi lebih cepat. So dia tanya aku nak stay ke keluar (AOR).Aku cakap aku stay.Aku just nak pengsan sebab point nyer skrg aku tak tahan dah sakit tu.Dia cakap sakit bersalin ni mana ada yang tak sakit. ' This is labour pain, not labour pleasure'.All that she can give is just Entenox untuk kurangkan sakit.

Entah kali ke brapa aku sakit contraction, tiba2 kat cik mimi aku ada bunyi 'pop'. Pastu keluar air  macam pagi tadi yang lagi banyak.Terus aku ngadu kat mak aku depan-depan nuse and MO tu.So diorang immedately tolak aku atas wilcha menuju dewan bersalin..Laju giler nurse tu tolak.Masa ni nafas aku macam orang tergagap-gagap nak bercakap.panik sangat and memang tak boleh control dah dia punya sakit.

Kat sini laki aku still teman aku. Orang kat hospital semua dah aware dengan kewujudan laki aku yang penyibuk tu haha. Diorang baringkan aku, tukar baju aku(kaler putih pastu sebelah bahu terdedah) and bagi gas antenox tu untuk aku sedut. Mula-mula aku pegang sendiri getah tu. Tapi main dengan sakit ni, mana ko boleh tahan lagi tekap gas tu kat mulut. Silap hari bulan, dengan benda tu aku belasah sorang-sorang. Huduh btul perangai aku bila tengah sakit ni.

So laki aku tolong pegangkan gas tu.Everytime rasa sakit, sedut kat hidung, lepas kat mulut. Aku sedut dengan rakusnya, sampai bunyi macam aku tengah berdengkur. Senang cerita, bila sakit tu datang, ko gantikan jeritan dengan menyedut gas.Buat berulang kali sampai kepala rasa ringan. Semua benda macam lagging. Bila orang tepuk ko, bunyi tepuk tu dah dengar, tapi rasa sakit kena tepuk tu baru sampai. Paham tak perasaan tu?Ringan sangat.Untuk salurkan sakit tu, aku gerak-gerak kaki, and toleh kepala kiri-kanan tak henti-henti. Sampai rasa terbuai-buai. Aku rasa macam pain tu macam awan-gemawan, and aku tengah melompat dengan girangnya dari satu awan ke awan yang lain. Sedar tak sedar, aku tersenyum hepi.Siap rasa macam nak tergelak Entenox ni laughing gas kan??Aku sedar, cuma tak rasa sangat sakit. tapi sebenarnya ko tengah sakit.Aku dengar sebijik sebijik apa yang laki aku bualkan dengan nurse pelatih india tu.haha..Tapi hujung-hujung tu, sakit aku bertukar jadi rasa macam nak meneran. So tetiba aku dah meneran-neran.

Aku memang dah tak tahu jam dah pukul brapa time tu.Tiba-tiba diorang tarik aku ke bawah, lipat katil tu jadi macam tebing bukit (ntah apa-apa la aku explain ni), gantung kaki aku and suruh aku pegang dua rod besi.Macam handle la. Ko tak payah push yourself too much sebab memang automatik ko rasa macam ko patut teran. Tu jer cara nak selesakan diri.

Sakit tu macam perut ko memulas-mulas nak ceceret beberet. Tapi tahik cirit ko tak payah teran pun dia meluncur keluar. Yang bersalin ni plak, gabungan perut memulas-mulat nak cirit dengan sakit nak keluarkan tahik sembelit. Haa....

Banyak kali aku kena marah sebab menjerit. Sebab boleh ilangkan tenaga. Aku pun setuju benda tu. Menjerit memang memenatkan and actually you can do better without menjerit. Tapi bila teranan tu tak berakhir dengan pengeluaran baby jugak, memang aku akan end up menjerit jugak la. Menjerit sebab penat.

Aku marah nurse yang urut-urut perut aku nak tolak baby keluar (haha bodo tak aku??)
Aku marah laki aku sebab asyik suruh aku focus..(haha bodo lagi.)
Last-last MO tu marah aku balik, cakap things will not settle dengan marah-marah orang.
huhu.Dia amik tangan aku and suruh aku raba sendiri kat cik mimi aku and rasa sendiri rambut anak aku.

Aku dapat rasa MO tu potong cik mimi aku.(episiotomy). Rasa macam kena cakar dengan kucing jer. Sebab ko ada bius kot. Pastu ko on gas lagi. Pastu sakit bersalin tu mengatasi segala kesakitan yang ada.

Ak dengar MO tu cakap kat laki aku yang dia terpaksa lakukan sesuatu untuk tolong aku. Sebab aku dah tak larat dan low effort.Aku rasa dia sedut kepala baby aku.Sebab lepas tu teranan aku yang last gedeboook mengeluarkan seseorang.hahaha

Terasa macam ada sesuatu yang tergantung-gantung. Aku ingatkan tahik. Tapi rasanya tu adalah  kulit aku sendiri yang dah dipotong.

Diorang letak baby aku atas perut suruh aku pegang. Masa ni aku dah panggil-panggil anak aku. Aku lega tapi penat. Aku nampak diorang masukkan tiub dalam mulut anak aku and sedut lendir-lendir semua keluar. Anak aku tersedak pastu nangis. Indah sangat perasaan tu.





MO tu cakap dia akan mulakan jahitan. Aku angguk jer. Dia tnya sakit tak? Aku angguk sambil senyum. Penangan gas tu memang power. Haha.. Pastu sedar tak sedar, aku ucap terima kasih kat MO tu sebab tolong aku. Aku tau walaupun dia banyak marah aku, tapi tu sebab dia nak tolong. Aku dengar dia cakap 'It's OK'.Pastu husband aku and makcik-makcik nurse gelak ramai-ramai. Low betul pertimbangan aku time tu. Apa yang terlintas, aku buat jer.

Nurse-nurse pelatih tukarkan baju aku kepada baju ward balik(pink).pastu pindahkan aku ke katil lain yang boleh sorong-sorong tu.Diorang biarkan kesan gas tu abis dulu.Badan aku time ni still tak habis-habis terangkat-angkat melentik-lentik lagi. Kesan contaction yang melampau kot. Serius aku takleh cntrol.

Aku terdengar suara laki aku azankan baby kitorang.
Baby aku lahir kul 10.10pm =D



Pastu laki aku datang kat aku.Dia cakap thanks for giving him a baby and i am now a complete woman.Complete la sangat kan dengan terjerit-jerit macam tarzan kat dalam labour room tu.haha.

2 hari aku kena tahan kat hospital.sekarang ni idup aku dikelilingi ubat-ubatan, pastu ketakutan everytime nak kencing and berak.kaki aku still lemah bila berjalan. and setiap masa aku berlumba dengan masa nak menghasilkan susu untuk anak aku minum.

=)))))








0 comments: