Sunday, March 3, 2013

kehidupan selepas menjadi mak budak


ok, ni sambungan untuk entry lepas.aku bukan ttakde masa, tapi aku malas menulis.tapi pikir-pikir balik, tak best juak gak kalau tak tulis apa-apa untuk kenang-kenangan.bukan ada orang nak baca pun.akuuuu jugak yang baca.hahaha

sebenarnya kalau ditanya aku serik tak branak ,or aku nak tak beranak lagi, jawapan aku adelah NO. ntah la, aku tak boleh nak bayangkan mengandung selama 9 bulan,pastu sakit bersalin, pastu tanggungjawab yang menunggu bila anak dah lahir.dengan tak cukup tido nyer..belum lagi start keja.dah start nanti taktau lagi..dengan laki aku yang jarang ada.memang kena berdikari dengan tabah la nanti...so aku decide nak enjoy tengok anak teruna aku ni membesar je..setel.aku pun musykil bila orang cakap takde mak kat dunia ni yang cakap taknak bila orang tanya nak anak lagi ke tak.mungkin aku la pompuan yang ganjil tu. mungkin jugak banyak dosa aku, aku jadi takut dengan benda-benda yang menyakitkan.tapi mak aku cakap,mula-mula je camtu. kuasa Allah, lama-lama terbukak jugak pintu hati tu nanti. in shaa Allah..

and aku cakap kat laki aku, kalau nak anak lagi, izinkan aku berenti keja dulu.aku mungkin tak sehebat orang lain.tapi aku perlu menjadi surirumah sepenuh masa untuk menjaga lebih dari seorang anak.aku taknak ada yang terabai.

sebenarnya, aku rasa aku mampu melalui pengalaman meneran kat labour room tu skali lagi.
yang aku tak tahan adelah,

1.kesakitan yang ditanggung sepanjang tempoh contraction.
2.ketakutan setiap kali kena seluk..ewwwww
3.kesakitan time berpantang.


Bila pikir-pikir balik, aku paling lemah dekat point no 3.yelah, rasa sengal-sengal je dekat bawah, rasa lemah and nak pitam setiap kali berdiri. Rasa macam dah bercerai kaki dari badan tiapkali berjalan.rasa rakut tiapkali nak kencing and birak.aku birak pun ari keenam pas bersalin.so ko bayangkan la camner ketakutan tu semakin meningkat hari ke hari.macam ada adrenaline rush.tapi tak birak-birak.last skali, hah, beranak kecil-kecilan la pulak haiii dalam toilet tu.sadisss!

nak pulak anak aku ni sampai hari ke 4 ke 5 ntah still kena tahan kat spital.walaupun bacaan kuning dia 90 je, tapi sebab lahir belum 38 minggu, ditambah pulak dengan darah aku type O (kononnya), so dia dianggap berisiko untuk jaundice la.Paling tinggi pun 126 je... So, aku and hubby pun berjuang membetulkan jenis darah aku tu, sebab aku nyer darah sebenarnya A..watpe ko nak tahan anak aku sebab ko yang salah check jenis darah aku kan..last skali, anak aku pun dibenarkan balik..

bermula la kehidupan berpantang aku.manager yang dilantik; tak lain tak bukan, mak aku la.hari-hari mandi air daun serai wangi campur daun lengkuas, ari-ari makan menu yang sama,(gulai ikan yu, tak pun gulai ikan senagin, pastu sayur sawi),ubat yang bersusun-susun, pati ikan haruan,dan segala merega merega lagi la.

seminggu pertama, aku rasa lemah mungkin sebab darah yang keluar kot,pastu sakit tiapkali berjalan, arghh aku rasa macam pompuannnnn sangat depan ayah aku..malu iii.. 

minggu kedua, aku dah bertenaga, tapi nurse yang datang check kat umah, cakap jahitan aku terbukak sikit.oh no...aku risau gila bila dia suruh pegi ke klinik kesihatan berhampiran.takut kena jahit hidup-hidup.haha.Alhamdulillah, doktor ckp xder apa.

bila rasa jahitan dah tak brapa sakit, baru mak aku panggil orang mengurut.wahh makcik tukang urut ni mesti geng-geng bini bini perkasa..sakit gila dia sentai aku.pehh

sebenarnya, tempoh berpantang ni jadi seksa sebab ko nak deal dengan rasa sakit, rasa lemah, and mental tak stabil.aku pun rasa benda yang sama.

Aku sedih bila pikir tanggungjawab bagi makan kat anak tu jatuh kat bahu aku.kalau tak bagi susu, tak makan la anak aku.berat tanggungjawab tu.aku takut sangat nak pikul.tiap-tiap ari aku rasa nak nanges.rasa sayu..tapi air mata tak kluar la pulak.haishh.taktau nak explain macam mana.

Aku rasa aku bukan ibu yang sempurna untuk anak aku.Bila orang bagi susu formula kat anak aku,aku rasa gagal. punah semua semangat aku nak breastfeed anak aku bila main dengan rasa lemah and sakit ni.mungkin aku yang manja agaknya.

Hari-hari awal tu,mana la ada susu sangat. even skrg pun takder susu sgt.anak aku taknak menyusu direct.sebab dah terbiasa dengan botol kot.so, aku la kena perah setiap kali.dalam 8 kali waktu makan tu, slalunya aku boleh supply 3 ke 4 botol je.skali minum, 90-110ml. tu kalau 8 kali minum.kalau lebih, lagi banyak la susu formula masuk ke badan anak aku.kalau boleh, di usia dia yang baru masuk 34 hari ni, aku nak provide sebanyak mungkin khasiat susu badan terutamanya antibodi.

sekarang ni alhamdulillah, dah rasa sihat sikit.and baru sekarang aku terhegeh-hegeh nak mengejar demand.aku target, at least aku boleh supply 5 botol ke atas stiap hari.

kan senang kalau boleh direct feeding je.boleh jugak start buat stok.tapi yang keperluan semasa pun tak mampu nak kejar, apatah lagi stok EBM..puiii

eh,positip..positip...

0 comments: