Monday, May 27, 2013

Honeymoon..Finally..



Hari tu masa berpantang, sekejap rindu kat laki kat KL, kejap rindu kat anak. Kejap aku berangkut satu family ke KL, kejap aku biar mak ayah aku bawak balik anak aku ke Kedah.Tapi esok lusa dah tak tahan rindu, aku drive sorang-sorang balik Kedah.Sambil layan sayu sorang-sorang. Sambil nanges sorang-sorang. Aku nak miliki kedua-duanya serentak.Serius aku nak suami aku and anak aku ada dengan aku sepanjang masa.

Masa cuti bersalin belum abes, aku balik kejap ke KL tanpa anak aku. Sebab rindu kat asben jugak..mihiihihi..

So alang-alang asben tengah cuti, moh la kita pegi honeymoon. Aritu gaduh sejak kawen tak pernah honeymoon sangat kan? Haa pasni kalau bercuti dengan anak, tu dah dikira family holiday dah. Ate mana nyer honeymoon kome ni jah oii.


So ni destinasi nyer..Grand Lexis Port Dickson. Konon sebab aku gian sangat nak berendam dalam kolam tapi dalam keadaan aurat terjaga..gitewww.HahaHa
So far yang aku tahu bilik yang ada private pool, sini jelah tempatnya. Tempat lain aku tak tahu..


Ini festaim..ini festaim...

Bilik ni agak spacious la..ekceli bukan bilik pun tapi lebih kurang macam whole house la..Feeling-feeling mak nyah..



Ada dua pilihan..Satu garden villa. Satu lagi above sea villa. Tapi semuanya ada kolam masing-masing. Bezanya besar and kecik je rumah tu and kolam tu.

Sebenarnya masa aku datang ni semua bilik dah penuh, maka nyer aku hadap jela macam mana pun harga nyer..Alang-alang dah sampai.. So aku pilih yang above sea plus yang ada sea view. Maksudnya villa ni ujung skali and ko berjiran dengan laut.




Abaikan aku.

 So ni adelah kolam tersbut. Tak besar pun. Sekali  kuak pun dah sampai hujung. Tapi dah nak berendam sangat, hah jom la kita berendam..Duk hujung skali takder orang nak skodeng pun..huhu

Tapi dia saat aku terhegeh-hegeh kocak-kocak air ngan laki aku bajet ko tu kanak-kanak riang, jauh di sudut hati aku, aku rindu sangat kat anak aku.

Aku nak anak aku ikut aku ke sini. Tapi sebab ini adelah tugasan melangsaikan hutang honeymoon, maka tunggu lah dulu. Lagipun takkan ko nak berenang skali nak oii..

So aku pasang impian, aku akan datang sini sekali lagi..Kali ni dengan kehadiran Lutfi and mak ayah aku. Baru hati aku hepi dikelilingi insan-insan tersayang..wahhh cita-cita..



Isteri tersebut dan suami beliau.




Petang tu kitorang jalan-jalan ambik angin buang angin kan kawasan tu. Macam-macam aktiviti ada,.Kiranya sesuai kalau nak buat family gathering kat sini. Ada gym, ada gelanggang volleyball, memanah, cycling, pastu basikal apa yang ko kayuh sambil duduk melunjur tu.Pendek kata, macam-macam adaaaa..(eh lama tak dengar tagline pakcik astro ni kan?)



Pemadangan bila air tengah kuat.. Terjenguk-jenguk aku and laki aku meniarap atas lantai kaca tu sajer nak tengok air laut. Dasarrr..


Ohh sebab kitorang adalah super kelakar ( read: jakun), maka kita setelkan semua kejakunan kita malam ni jugak. Kita order makanan hotel yer bang?

Malam tu kitorang berkurung dalam bilik jer.. Beramah mesra sambil mengenali hati body masing-masing.So, dah malas-malas tu, tapi tekak tetappp ngengada maka ambik la Sirloin steak and mushroom soup.



Sejak kawen ngan pakcik tersebut, aku memang kerap sangat makan steak.. Konon nak mencuba kat semua tempat. Tapi steak ni sangat sedap..Tak masin macam kat sesetengah tempat yang aku tak brani sebut takut nanti kena saman.Haha..Duyung Restaurant. Taknak bermalam, makan saje kat restoran pun takpe rasanya... Kotttt..



Esok after check out, kitorang merayap lagi.. Sampai ke melaka. Semata-mata nak makan ikan bakar.Bermalam la kejap kat hotel bajet apa ntah lupa plak nama nyer..

Kat bawah ni jela satu-satu nyer gambar kenangan hotel bajet tersebut. haha..pasal sejak kawen ni, kitorang memang suka buang tebiat bermalam kat hotel bajet di sekitar Subang and KL.. Saje nak bagi orang yang tak kawen lagi jeles..miehehehe..




Tengok, kat tengah pekan pun letak AES.. aihh..ingat orang kita ni ni kaya raya sangat ka?????
Dah la keja sebagai orang bawah..kompem ari-ari tak boleh lambat, pastu duit tak banyak plak tu..

Cuba la buat dea baru contohnya gantung lesen terus ke apa ke..Benda-benda yang orang akan pikir doplohpat kali before memecut. And kalau kena pun tak melibatkan duit muit ni..






Hehe..bercuti boleh, bayar saman kedekuit..


Tapi bukankah each and everyone of us deserves to be happy?
haa..kan aku start politik kang...

So, lets la kita berenti..Okay..

Daa.....

0 comments: