Monday, May 27, 2013

Ideal Life

Aku selalu bermimpi..dengan erti kata lain, berangan.Aku ada life idaman aku sendiri.

Manusia ni hatinya memang sentiasa berbolak- balik. Tak tetap pendirian. Berubah mengikut masa. Mengikut keperluan.

Dulu aku pandang wanita yang tak bekerja tu bak kata orang cina, ' Malas nak hidup'.Sebab aku rasa kita dihantar oleh parents kita untuk belajar, mengubah hidup keluarga.Ubah hidup sendiri. Tolong adik-beradik.

Betulkan aku jika aku salah.

Pandangan aku sekarang ni totally berubah. Sebab aku dah rasa apa yang aku tak pernah rasa.Aku jilat ludah aku. Aku tarik balik kata-kata aku. Sebab aku memang macam orang lain, hanya berkata bila sendiri tak rasa.

Tanggunjawab mendidik and menyekolahkan anak itu, tanggungjawab ibu bapa.
Tak kisah la samada anak tu, anak lelaki or perempuan, wajar diberi peluang menuntut ilmu.
Tapi,
Kalau satu hari nanti anak perempuan tu dah kawen, dah ada pemimpin baru, dan dia dah tak bekerja, kita sebagai parents tak berhak mengungkit and
mintak sekurang-kurangnya anak itu balas jasa kita yang menyekolahkannya.Itu memang tanggungjawab kita yang tak boleh diungkit apatah lagi minta dibalas. Tapi anak-anak, wajarlah membalasnya..

Sebab tanggungjawab dia dah pergi kepada suami.
Kalau suami kata jangan keja, jangan keja lah.
Aku rasa, berkat kita ikut cakap suami, in shaa Allah, rezeki tu akan terbuka luas.Semua dengan izin Allah s.w.t.

Aku mula sedar, semua perempuan, termasuk aku, 'berlumba-lumba' nak ada anak sendiri.
Tapi bila kita dah ada anak, apa yang kita buat? Kita biar anak kita dijaga oleh pengasuh. Dijaga oleh orang lain. Dibesarkan oleh orang lain. Sampai dia dah masuk taska, tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, kolej, universiti.
Hai, nama saya Lutfi Imran


And by the time kita pencen, semua proses tu dah hampir selesai. Sedar tak sedar. Aku baru jer pencen, tiba-tiba anak aku mintak ditukarkan 'hak pemilikan'. And aku tak sempat nak rasai sepenuhnya proses tu.Aku hilang semua tu.



Abaikan belakang aku yang bersepah tu


Mungkin orang lain sanggup. Tapi percayalah, aku tak sanggup. Naluri ibu, memang nak sentiasa dekat dengan anak. Nak ada dengan anak sepanjang masa. Kalau boleh taknak keja. Aku rasa, tu bukan bisikan hati yang tak waras. Tapi itulah naluri keibuan kita yang memberontak.

Kenapa negara kita yang kaya-raya dengan hasil minyak, pembalakan, perindustrian, pelancongan ni tak membenarkan sebuah keluarga hanya disara oleh seorang ayah yang bekerja? Kenapa negara kita ni membenarkan situasi di mana ibu-ibu terpaksa keluar bekerja?

Brunei, walaupun kecil, ada hasil minyak.
Singapore, kecil, cemerlang dalam industri.
Kita ada Sabah, Sarawak, Terengganu, Kelantan.. tapi...

Nampak tak ada something wrong kat situ?

Logik tak kalau aku cakap penyokong pembangkang ni bukannya ada mentaliti 'Semua benda nak free' jer?
Kita mintak sebab kita tau kita sepatutnya dapat.
Kalau orang lain rasa, nasi lemak berharga RM8 tu munasabah, dah realistik, orang tu samada ada masalah jiwa ataupun desperate untuk kelihatan berada and tak suka mengharap.

Sebenaranya aku nak cakap, aku nak berenti keja, tapi husband aku tak bagi,,huhu
Apesal ntah aku boleh terbebel pasal politik ni?

Haih

1 comments:

Anonymous said...

This is a topic that's near to my heart... Cheers! Where are your contact details though?

Stop by my weblog BlackPeopleMeet Mobile