Sunday, May 26, 2013

Itu Aku

Assalamualaikum..

Hari ni patutnya aku masuk keja sebab hujung bulan kan sibuk nak kejar target, tapi aku tak cukup will power, so kita tak payah masuk keja. haha

Hari ni, aku nak setkan satu permulaan.

Permulaan menurunkan berat badan.

Aku banyak berfikir lately.
Fikir what if itu, what if ini..

Dolu-dolu aku mengecam golongan perempuan yang tak pandai menjaga bentuk badan and berserah kepada takdir jer once diorang dah beranak. Pastu nanti bila laki dah cari lain, diorang mengamuk. Memang la kau sanggup hadap laki kau buncit tapi nak buat macam mana kalau laki kau memang tak sanggup nak hadap kita yang buncit ni...kan?

Suami aku selalu cakap, dia tak kisah aku gemuk lepas bersalin.
Tapi tak jugak dia cakap aku boleh terus gemuk camni. Cuma dia taknak aku rasa macam dia memandang luaran, maka katanya, '"Ambil la masa sendiri".

Tapi, tanggungjawab kita la nak pikir lebih ke depan sikit.
Macam mana dia tenangkan kita pun, kita tak boleh tipu diri, 'suami kita memang nak isteri dia nampak cantik and hebat'.

Sekurang-kurangnya, sejuk lah sikit mata dia.
Biarlah kita jadi macam pasangan bercinta sampai ke hujung nyawa.

Ewwahh..

Macam mana aku boleh tersedar yang aku sebenarnya dah tersasar gemuk?

Cer tengok gambar ni;
Sila jangan terkejut, OK

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Ini gambar after bersalin.Belumpun cukup 2 bulan berpantang, aku keluar bawak anak aku jalan-jalan ambik angin buang angin. Pastu suruh husband ambik gambar..Sekali...haaa..

Patut la mak aku asyik suruh aku kuruskan badan.
Patut la ofismate aku asyik cakap aku gemuk.
Patut la husband aku asyik sengih je bila aku tanya betul ke aku ni gemuk.

Ciss..

Ni time berat aku 70 kg.
Sebelum bersalin, berat tertinggi aku, 79kg.
Sebelum mengandung, berat terakhir aku 60kg.


Ni gambar lepas dapat tau aku pregnant.

Terus, gimana harus aku kecutkan diri ini?


Toliong...tolionggg



0 comments: